Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Dr. Robiah binti Mohamad
Pn. Azizah binti Abd. Samad
Pn. Jaimah binti Abdul Manaf
En. Bong Koi Sin


Adi merupakan murid baharu di Sekolah Taman Anggerik. Dia baru bertukar ke sekolah baharunya pada minggu lalu. Dia bertukar ke sekolah baharu tersebut kerana mengikut bapanya yang berpindah tempat kerja. Bapa Adi bekerja sebagai anggota tentera.


Adi gembira belajar di sekolah baharunya itu. Dia mula berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya dan juga rakan yang sebaya dengannya. Mereka berkawan dan melayani Adi dengan baik sekali. Ali sangat gembira kerana mempunyai rakan baharu yang baik dan suka bermain dengannya.
Di hadapan rumah Adi, ada sebuah taman permainan yang luas dan cantik. Taman permainan tersebut kelihatan dalam keadaan yang baik dan terletak agak terpencil di hujung padang. Taman permainan tersebut selalu dikunjungi oleh orang ramai pada hujung minggu.
Hobi Adi ialah suka bermain di taman permainan. Dia selalu mengajak kedua ibu bapanya ke taman permainan setiap kali hujung minggu. Namun, sejak dia berpindah ke tempat baharu, dia tidak berpeluang untuk bermain di taman permainan seperti dahulu.

Adi memang suka sekiranya dia dapat bermain di taman permainan tersebut. Namun dia hanya dapat memerhatikannya hanya dari jauh.

Hatinya begitu teringin untuk pergi bermain di taman permainan tersebut. Dari jauh, dia dapat melihat beberapa orang kanak-kanak sedang seronok bermain dengan ditemani ibu dan bapa mereka. Dia sedih dan termenung sendirian di sebalik jendela rumahnya.

Suatu petang, Adi mengajak bapanya untuk membawanya ke taman permainan. Bapanya baru sahaja pulang dari kerja.
"Ayah, mari kita pergi ke taman." ajak Adi sambil memandang bapanya penuh harapan.


"Ayah baharu pulang dari kerja, masih penat lagi. Kita pergi di lain hari sahaja ya?" Balas bapanya.
Adi merasa kecewa kerana ajakannya ditolak. Adi berjalan menuju ke dapur untuk memujuk ibunya pula. Dia berharap ibunya sudi membawanya ke taman permainan.
Ibunya sedang membasuh pinggan sedar kehadiran anaknya Adi.
"Adi, kenapa bersedih?". Sapa ibunya.
"Adi mahu bermain di taman permainan, tetapi tiada siapa sudi bawa Adi." Ujar Adi kesedihan.

Ibunya hanya tersenyum. Ibunya faham akan sikap anaknya. Adi merupakan anak tunggal di dalam keluarga.
"Ayuh kita pergi ke taman, ibu bawa Adi. Adi mesti berjanji jaga keselamatan semasa bermain." Ujar ibunya sambil tersenyum.
" Baiklah ibu." ujar Adi dengan gembira.

Setelah mendapat keizinan dari bapanya. Adi dan ibunya berjalan menuju ke taman permainan.
Adi merasa sangat gembira kerana sudah lama dia tidak bermain di taman permainan.
Setelah lama bermain, ibunya mengajak Adi pulang memandangkan hari semakin senja.
Adi merasa berat hati untuk pulang kerana dia masih belum puas bermain.


Adi akur dengan suruhan ibunya. mereka pulang ke rumah bersama-sama.
Adi menyimpan hasrat untuk datang bermain lagi di taman tersebut pada masa yang lain.



Pada keesokan harinya, Adi menceritakan keseronokannya bermain di taman permainan berhampiran dengan rumahnya.
Kawan-kawan Adi sangat teruja mendengar cerita Adi. Adi turut mengajak kawan-kawannya untuk bermain bersam-sama di situ.

Selepas pulang dari sekolah. Adi meminta izin dari ibunya untuk pergi bermain di taman permainan bersama kawan-kawannya.
Ibunya melarang kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada Adi. Adi tidak mengendahkan nasihat ibunya.
Dia terus pergi meninggalkan ibunya dengan perasaan marah kerana dia telah berjanji akan bermain dengan kawan-kawannya.
Adi dan rakan-rakannya seronok bermain di taman permainan tersebut. Mereka bermain semua alat permainan yang disediakan di taman permainan tersebut. Tambahan pula, pada waktu itu, mereka sahaja yang ada di taman permainan itu tanpa ada ganguan daripada orang lain.



Mereka asyik bermain. Tanpa mereka sedari, ada seorang lelaki yang sedang memerhatikan mereka sejak dari tadi.
Lelaki tersebut berjalan menghampiri mereka. Adi dan kawan-kawannya sedar akan kehadiran lelaki tersebut. Lelaki tersebut nampak mecurigakan.
Adi mula teringat pesan gurunya di dalam kelas supaya berhati-hati apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Muka Adi berubah menjadi takut.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(7)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.39+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.39+) - DOWNLOAD
- LIKE (7)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(7)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!