
Murid-murid boleh rujuk buku teks muka surat 103 - 108
Tajuk: Nabi Muhammad Al-Amin
(5 Ogos 2021)

Objektif:
Di akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat:
1. Menjelaskan keunggulan sifat amanah Nabi Muhammad.
2. Menjelaskan keunggulan sifat amanah Nabi Muhammad melalui kisah kehidupan baginda.
3. Mengaplikasikan tindakan Nabi Muhammad yang bersifat amanah dalam kehidupan harian.


DALIL NAQLI
Maksud sabda Nabi:
"Tidak sempurna iman sesiapa yang tidak beramanah"


Ustaz, apakah contoh sifat amanah?

Bagus soalan itu, Ali! Contoh sifat amanah ialah kamu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana, tugasan itu merupakan amanah untuk kamu.

Sifat Amanah Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad ialah seorang yang sangat amanah. Sayyidatina Khadijah telah mengamanahkan baginda untuk mengurus perniagaannya di Syam. Sifat amanah Nabi Muhammad SAW itu mendorong kejayaan baginda dalam perniagaan, bahkan baginda mendapat keuntungan yang besar.
Sayyidatina Khadijah tertarik dengan sifat amanah baginda sehingga memilih untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai suaminya. Keunggulan sifat amanah Nabi Muhammad itu mendorong masyarakat Arab memberikan gelaran Al-Amin.
Al-Amin (amanah) bermaksud sangat dipercayai

Analisis daripada kisah sifat amanah Nabi Muahmmad
1. Dapat menambat hati Sayyidatina Khadijah (seorang wanita dan bangsawan dan hartawan Arab).
2. Dipercayai oleh kaum Quraisy walaupun mereka memusuhi baginda.
3. Kejayaan Nabi Muhammad di dalam perniagaan sehingga mendapat keuntungan atas sifat amanah baginda.

Bagaimana cara kita meneladani sifat amanah Nabi Muhammad?




Murid-murid,
Kita hendaklah meneladani atau mengikut sifat amanah Nabi Muahmmad SAW. Besar pahalanya mengikut sunnah Nabi Muhammad.
Mudah-mudahan murid-murid faham apa yang telah dibaca dan dapat mengaplikasikan sifat amanah dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.

Rujukan:
1. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2, Tajuk: Sifat Amanah Nabi Muhammad SAW: Muka Surat 103-108
2. Youtube : http://anyflip.com/selv/iycv/basic
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!