2021
IPGKBM


Di sebuah kampung, tinggal seorang budak perempuan yang bernama Humaira. Humaira merupakan anak bongsu dalam keluarga dan berumur 9 tahun. Dia sangat suka akan makanan manis terutamanya gula-gula. Walaupun sering kali ditegur oleh kedua ibu bapanya, namun Humaira masih degil dan tidak mendengar nasihat. Malah, Humaira juga sanggup membeli gula-gula tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.
Pada suatu petang, Humaira berlari-lari pergi ke kedai runcit yang berada berdekatan dengan rumahnya.
"Mak Senah, Maira mahu beli gula-gula itu sebanyak sepuluh biji," kata Humaira yang termengah-mengah sambil menunjukkan kesemua jarinya.

"Eh Maira, bukankah Maira baru sahaja membeli gula-gula tadi?" Kata Mak Senah dengan mimik muka terkejut.
"Haah, tapi tadi Maira hanya membeli lima sahaja, manalah cukup Mak Senah. Mairakan suka sangat makan gula-gula. Mak Senah ni macamlah tidak tahu," balas Maira sambil menghulurkan duit dengan diiringi tawa.

"Ish kamu ini Maira, tahukah kamu jika selalu makan gula-gula tidak baik untuk kesihatan, terutamanya untuk kanak-kanak seperti kamu," kata Mak Senah yang menegur akan sikap Humaira.

"Mak Senah janganlah takutkan Maira, nanti Maira berhentilah makan gula-gula tapi tunggu Maira sudah besar nanti hihihi," sempat Humaira menuturkannya sebelum dia beredar dari kedai. Mak Senah pula hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat telatah Maira itu.
Pada waktu malam, Humaira sedang leka menonton televisyen bersama ibu, abang dan kakaknya di ruang tamu.
"Adik, marilah makan buah yang kakak sudah potong ini," Kata Murni kepada adik bongsu. Namun, Maira dengan muka yang berkerut mengatakan bahawa dia tidak suka akan buah itu kerana rasanya yang tidak sedap. Jawapan yang keluar dari mulut Maira telah membuatkan ibunya yang turut berada di situ mengeluh.
"Kamu ini Maira, suruh makan buah tidak mahu, suruh makan sayur apatah lagi. Kamu hanya tahu makan gula-gula sahaja. Nanti gigi kamu rosak ibu taktahu," Ujar Puan Amira sambil bercekak pinggang. Tetapi, rungutan ibunya hanya didengar tanpa Maira memberikan sebarang reaksi.
Di sekolah pula, Humaira sering berkunjung ke koperasi sekolah. Hal ini kerana, setiap kali waktu rehat, dia akan ke koperasi sekolah untuk membeli gula-gula. Bahkan, sikap Humairan yang gemar makan makanan yang manis ini juga ditegur oleh guru-gurunya.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!