&
RAKAN-RAKAN SEKALIAN...






Di sebuah Kampung Nelayan yang digelar “Kampung Hum”. Terdapat seorang lelaki miskin yang tinggal sebatang kara bernama Fateeh. Disebabkan Fateeh seorang yang miskin dia digelar Fateeh si miskin. Pada suatu hari, Ketua Kampung Hum iaitu Pak Pandak kehilangan seguni beras yang baru ditampinya. Penduduk kampung mendakwa Fateeh Si Miskin yang mencuri beras Pak Pandak itu.



Lalu, Pak Pandak dan penduduk kampung pergi ke rumah Fateeh. Pak Pandak menemui guni beras kosong berada di belakang rumah Fateeh. Fateeh Si Miskin yang terpinga-pinga terus ditangkap oleh penduduk kampung. Fateeh dibuang Kampung.


kamu dihalau dari kampung!




Fateeh mencari tempat tinggal yang baru. Angin ribut terus membadai lautan membuatkan Fateeh terumbang ambing diatas sampannya yang kecil. Setelah beberapa jam bertahan dari badai, Fateeh terdampar disebuah pulau kecil. Di pulau tersebut, Fateeh telah menjumpai satu botol kaca yang terisi sehelai kertas didalamnya.













Rupa-rupanya, kertas yang berada di dalam botol itu bukanlah kertas yang biasa. Kertas itu adalah peta harta karun yang telah berkurun lama hilang.
Isi surat;
“Harta telahku simpan, untuk generasi seterusnya. Carilah hartaku. Sebelum menjumpai harta karun ini, 3 pulau hendaklah dilalui untuk menggapai Harta Sebenua Alam”. Kertas itu dilampirkan bersama peta ke Pulau Neti dan beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu Fateeh perlu senyum untuk mendapatkan Peta seterusnya.



Maka, bermulalah pengembaraan Fateeh si Miskin untuk mencari Harta Sebenua Alam. Fateeh telah membulatkan tekadnya untuk mencari harta tersebut. Dengan sampan yang usang Fateeh memulakan perjalannya ke Pulau Neti.










Sang Miskin! kau tidak boleh
Setibanya Fateeh ke Pulau Neti, dia disambut dengan pandangan tajam oleh penduduk pulau malah ada yang mula tidak senang dengan penampilan Fateeh yang compang-camping. Penduduk Pulau Neti dikatakan tidak pernah senyum dan sikap penduduk pulau itu yang suka memandang rendah kepada orang miskin seperti Fateeh. Fateeh perlu mencari sebuah telaga usang untuk mendapatkan peta seterusnya.


Setelah beberapa hari Fateeh mencari telaga tersebut, dia belum menjumpai lokasi telaga itu. Fateeh tidak disenangi oleh penduduk Pulau Neti. Penduduk menggelarkan Fateeh sebagai orang gila. Walaupun dihina gila, Fateeh harus bersabar kerana antara syarat untuk menjumpai telaga itu dia harus tersenyum sepanjang berada di pulau itu.






Setelah memerhati gelagak Fateeh yang dihina dan diejek oleh penduduk pulau. Seorang tua yang bongkok datang mendekati Fateeh dan memperkenalkan dirinya sebagai Pendeta Zen. Dialah penjaga telaga ajaib yang sedang dicari Fateeh itu. Pendeta itu mengatakan Fateeh telah melepasi ujian yang pertama iaitu tetap tersenyum walau apapun terjadi di pulau itu.
Telaga ajaib
yeay!







Tiba-tiba, muncul pari-pari daripada telaga ajaib itu lalu memberi petunjuk kedua kepada Fateeh dan sebuah bot baru.




Pulau seterusnya adalah Pulau Goda, syarat untuk mendapatkan petunjuk seterusnya pula adalah Fateeh harus mencari satu tongkat ajaib untuk ke destinasi terakhir.





Di Pulau Goda, Fateeh telah disambut dengan senyuman oleh penduduk disana. Pada Malam hari, penduduk pulau menjemput Fateeh ke pesta.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
-TAMAT-

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!