
Di England...
Nama aku Claude. Aku lebih mesra dipanggil Oyen oleh kedua ibu bapaku kerana mataku yang berwarna oren keemasan. Aku berasal dari Bristol, England. Aku tinggal bersama kedua ibu bapa aku iaitu Encik John dan Puan May. Aku gemar bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan untuk kekal sihat dan kuat.
Aku merupakan seekor kucing pelatih dan penunjuk arah yang handal. Setiap hari bapaku akan memberikan pelbagai jenis latihan supaya aku menjadi lebih handal. Aku dapat menyelesaikan semua latihan dan tugasan yang diberikan oleh bapaku.
Lamunanku terhenti apabila aku terdengar jeritan dari ibuku yang memanggil aku sedari tadi untuk sarapan bersama.
"Oyen !!!" "Oyen Anak Ibu" Panggil ibuku.
Aku segera berlari turun ke bawah dan menuju ke meja makan. Ibuku sudah siap sediakan sarapanku di dalam dulang kegemaranku. Aku mendapat satu ciuman manis dipipi daripada ibuku dan senyuman indah dari bapaku.
Ketika di meja makan, aku terdengar perbicangan kedua ibu bapaku yang ingin berpindah ke kampung di Alor setar, Kedah pada bulan hadapan setelah bapaku bersara.









"Kita balik kampung ya Oyen, kita duduk dengan atuk dan nenek. Oyen boleh jumpa ramai kawan di kampung". Kata bapaku kepada aku.
"Meow", "Meow". Balasku tanda bersetuju.
Walaupun hatiku berasa kurang gembira, tapi aku terpaksa akur dan mengikut kedua ibu bapaku pulang ke
kampung.

Aku tidak dapat melelapkan mata apabila teringatkan kata-kata bapaku untuk pulang tinggal di kampung. "Apalah nasibku di sana nanti? Mampukah aku untuk terus tinggal dan menemui kawan di sana? Bagaimana pula dengan Crystal? Aku terpaksa berpisah dengannya selama-lamanya?". "Arhhhh". Oyen menjerit untuk menenangkan hati dan fikirannya yang berserabut itu. "Aku perlu berjumpa dengan Crystal". Katanya lagi.





"Kau akan pindah dan tinggal di kampung? Pasti seronok kan? Kau boleh jumpa ramai kawan, boleh menikmati udara segar, jauh dari kesibukan dan boleh tengok sawah padi", "Seronoknya". Kata Crystal, kawan baik Oyen atau dikenalinya sebagai Claude yang teruja dengan berita yang disampaikan.
Claude hanya membuat muka selamba apabila mendengar kata-kata Crystal yang sangat gembira dengan cerita perpindahan dia dan keluarganya ke kampung. "Aku risau la Crystal. Aku belum pernah ke sana lagi". Balas Claude.
Crytal ketawa puas setelah mendengar kata-kata Claude itu. Sempat pula dia mengusik Claude dengan mengatakan "Badan sahaja kuat, tapi dalam hati ada taman". "HAHAHA".
DI KAMPUNG..




Setelah 12 jam perjalanan, akhirnya Oyen dan keluarganya tiba di kampung. Ibu bapa Oyen sangat gembira kerana dapat bertemu dengan semua ahli keluarga setelah lama berpisah. Oyen juga selesa dan gembira di kampung apabila dapat berjumpa dengan ramai saudara-mara.
Encik John dan Puan May sungguh berselera menikmati sarapan pagi di kampung bersama-sama ahli keluarga yang lain. Mak Cik Muna sungguh gembira dengan kepulangan anak dan menantu kesayangannya. Beliau menyediakan perbagai jenis hidangan di atas meja seperti roti canai, nasi lemak, kuih-muih dan yang paling penting ialah air kopi.
"Banyaknya makanan pagi ni, semuanya sedap belaka". "Mak buat sendiri semua makanan ni". Kata Encik John kepada Mak Cik Muna, yang merupakan maknya. "Ya lah Jeffri, sapa lagi nak buat semua ni. Nak beli di kedai Pak Mat, semuanya dah habis laris dijual". Balas Mak Cik Muna bergurau dengan anak lelakinya itu. Mak Cik Muna lebih gemar memanggil anaknya dengan panggilan Jeffri berbanding John. Hal ini kerana Mak Cik Muna merasakan panggilan Jeffri lebih sesuai ketika berada di kampung. Oyen turut menikmati sarapannya bersama-sama dengan yang lain.
"Meow", "Meow", "Meow". Oyen mengiau.
Encik Jeffri memberikan Oyen makanan untuk dia bersarapan.
Encik John atau Jeffri John, anak lelaki pertama Mak Cik Muna dan Pak Cik Jason merupakan seorang lelaki yang berdarah campuran. Beliau meneruskan syarikat perniagaan ayahnya, Pak Cik Jason di England setelah ayahnya meninggal dunia. Mak Cik Muna pulang tinggal di kampung setelah kematian suaminya bersama anak-anaknya yang lain iaitu Johan John, Julia John, Jasmine John dan Janna John yang masih lagi bersekolah. Mak Cik Muna membuat keputusan untuk terus menetap di kampung dan juga turut menukarkan anak-anaknya untuk bersekolah di Kedah, Malaysia.
Oyen keluar bersiar-siar melihat kawasan kampung seorang diri. Oyen sungguh gembira dengan suasana dan persekitaran kampung yang bersih, indah dan aman. Terdapat banyak buah rumah di kampung itu dan terdapat juga tempat riadah yang cantik.




Dalam pada Oyen sedang berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan di sekeliling kampung, tiba-tiba Oyen bertemu dengan seekor kucing yang memiliki tubuh badan yang sedikit berbeza darpada kucing-kucing "British Short Hair" yang lain.
Oyen mendekati kucing tersebut dan betapa terkejut dan gembiranya dia apabila kucing tersebut ialah adiknya yang bernama Clara. Mereka terpisah sejak masih kecil apabila sepasang suami isteri berminat untuk menjaga seekor kucing yang memiliki mata berwarna oren yang cantik iaitu Oyen. Pemilik kedai sudah memberitahu bahawa kucing tersebut mempunyai seorang lagi saudara tetapi pasangan suami isteri tersebut hanya ingin menjaga seekor sahaja.
Walaupun berat untuk berpisah dengan Clara, tetapi itulah kehendak takdir mereka tidak dapat menolak.





"Abang Claude! Rindunya Clara dekat abang. Abang sihat?"
"Clara! Adik! Abang sihat. Adik sihat? Abang pon rindu sangat dengan Clara".
"Clara sihat. Clara rindu abang Claude". Menangis Clara kerana rindukan abangnya setelah sekian lama tidak bertemu.
Setelah puas bersembang dan berkongsi kisah masing-masing, tanpa sedar Clara terlepas bicara bahawa dia merupakan salah seorang mangsa buli. Dia sering dibuli oleh sekumpulan kucing di kampung tersebut. Oyen berasa risau dan mendesak Clara untuk menceritakan semuanya. Akhirnya Clara bersetuju menceritakan segalanya kepada Oyen.
"Bob dan kawan-kawannya suka membuli, mengusik, mengejek dan menghina Clara abang. Mereka sering mentertawakan Clara kerana tubuh badan Clara yang tembam dan berlemak ni abang Claude. Setiap hari ada saja rancangan jahat mereka untuk mengenakan dan memalukan Clara di depan kucing-kucing lain". Kata Clara menceritakan hal yang sebenar kepada abangnya.
Oyen hanya mampu menahan amarahnya apabila selesai mendengar cerita sebenar daripada adiknya Clara yang sering dibuli oleh sekumpulan kucing jahat.
"Abang tolong Clara, Clara takut, Clara dah tak kuat untuk menahan segala perkara jahat yang mereka lakukan abang". Rayu Clara kepada abangnya.
"Jangan risau adik, abang Claude janji akan jaga adik selama-lamanya dan abang akan balas segala perbuatan jahat mereka terhadap adik, Abang janji". Balas Oyen menenagkan adiknya yang sudah menangis tersesak-esak.
Oyen dan Clara berjalan pulang ke rumah Mak Cik Muna bersama-sama apabila Oyen ingin adiknya tinggal bersamanya.
Setelah sampai di rumah Mak Cik Muna, Oyen dan Clara menceritakan segalanya kepada Encik John, Puan May dan Mak Cik Muna kisah yang sebenar. Mereka berasa gembira apabila akhirnya Oyen dapat berjumpa dengan adiknya yang terpisah sejak kecil. Mereka juga berasa sedih dengan nasib Clara yang merupakan mangsa buli oleh sekumpulan kucing jahat di kampung itu.
"Dari awal pagi lagi Oyen keluar berseorangan meningglkan rumah. Entah kemana dia pergi Abang, saya risau kalau apa-apa terjadi dekat dia. Sekarang matahri dah lama terbenam dia masih belum pulang kerumah". Risau Puan May dengan perangai pelik Oyen hari ini. "Nanti dia balik la tu, awak jangan risau la". Balas Encik John kepada isterinya sambil dia menoleh ke arah pintu utama seketika.
Disebabkan rasa amarahnya yang tak tertahan terhadap Bob dan kawan-kawannya, Oyen keluar dari awal pagi untuk berjumpa dan berdepan dengan mereka. Oyen mencari mereka di merata tempat. Akhirnya dia berjaya bertemu dengan Bob dan kawan-kawannya di sebuah rumah di hujung kampung di mana mereka sedang mengusik seekor kucing betina berwarna oren.
"Hey! Kucing jahat, mari sini kau!". Kata Oyen kepada Bob dan gengnya dengan nada yang sangat marah.


- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors




- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (3)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!