


AINI
ENCIK ROSLI & PN. FAZILAH
CIKGU SITI
WATAK-WATAK

Aini seorang anak tunggal yang manja yang berasal daripada sebuah keluarga yang kaya raya. Dia dibesarkan dengan keadaan yang serba mewah. Apa sahaja permintaanya pasti akan ditunaikan oleh keluarganya, Dia juga adalah seorang pelajar sekolah yang memiliki rupa paras yang menawan, tetapi dia mempunyai perwatakan yang sangat nakal dan tidak mahu bergaul dengan pelajar yang miskin. Tambahan pula, dia juga seorang yang suka memberontak. Semasa di sekolah, dia juga tidak memberikan tumpuan di dalam kelas. Keputusannya tidak cemerlang namun suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya. Ibu bapanya sering menasihatinya supaya tidak berkelakuan begitu.

Pada suatu hari, semasa hari perjumpaan ibu bapa dan guru, ibubapa Aini telah datang ke sekolah untuk mengetahui prestasi anak mereka di sekolah. Semasa perjumpaan tersebut, guru kelas Aini telah memberitahu masalah-masalah yang telah dilakukan oleh anak mereka di sekolah. Hal ini menyebabkan ibu bapa Aini merasa malu terhadap tingkah laku anaknya yang nakal.
Di sudut belakang kelas, terlihat sosok seorang pelajar perempuan yang sedang tidur ketika perjumpaan temu murni antara ibu bapa dan guru.
Encik Rosli: Assalammualaikum cikgu, kami ibu bapa Aini. Kami ingin bertanya bagaimanakah prestasi belajar dan tingkah laku Aini di sekolah?
Cikgu Siti: Waalaikummussalam! Oh ibu bapa Aini! Silakan duduk terlebih dahulu.
Encik Rosli dan Pn Fazilah: Baiklah, terima kasih cikgu.
Cikgu Siti: Sebenarnya Aini adalah seorang murid yang baik dan menghormati guru tetapi sejak kebelakangan ini prestasi akademik dan tingkah lakunya di dalam kelas semakin merosot. Dia sering tidak menyiapkan tugasan, kadang kala dia juga turut didapati tidur di dalam kelas. Akan tetapi, menurut pandangan saya, kelakuan Aini masih boleh dibentuk dengan sahsiah yang baik jika kita memberinya lebih perhatian.
Puan Fazillah: Kami minta maaf cikgu atas kelakuan anak kami. Mungkin kerana kami selalu sibuk dengan kerjasehingga mengabaikan dia.
Puan Fazilah dan suaminya menunduk kepala kerana malu sambil melihat anak mereka sedang tidur tanpa menghiraukan apa yang terjadi. Setelah itu, mereka pun pulang bersama anak mereka.


Puan Fazillah: Aini, mari kejap ayah dan emak nak cakap sebentar.
Aini: Ish ibu ni! Aini letih ni! Nanti-nanti lah Kita cakap!
Ibu dan bapa Aini terkejut dengan sikap Aini Yang biadap. Aini pun berlalu ke bilik nya sambil menghempas pintu bliknya dengan kuat.


Semasa makan malam, Aini dan keluarganya makan bersama-sama.
Encik Rosli: Tadi ayah tanya cikgu kamu prestasi dan tingkah laku kamu di dalam kelas, cikgu cakap makin merosot, betul ke Aini?
Aini tidak memghiraukan pertanyaan ayahnya bahkan leka melihat telefon bimbitnya.
Puan Fazillah: Aini cuba ubah sikap kamu itu, ini semua berkaitan dengan masa depan kamu. Kalau kamu tak belajar bersungguh-sungguh dari sekarang, macam mana kamu nak masuk sekolah Asrama penuh nanti?
Aini: Aini tak kisah lah ibu!
Sambil menghempas pinggan di meja.
Encik Rosli: Aini! Ayah tak pernah ajar Aini cakap macam itu, tak menghormati orang tua!

- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Aini seorang anak yang nakal yang tidak mendengar nasihat ibu bapa dan bermasalah di sekolah. Sehinggalah pada suatu hari, telah terjadi sesuatu dalam hidupnya yang membuatnya berubah menjadi seorang anak dan pelajar yang baik di rumah mahupun di sekolah.
Pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah menjaga maruah diri dan keluarga walau dimana kita berada



- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (3)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!