Buku ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak bernama Anna yang diberikan peluang untuk membuat hajat.
Terima Kasih kepada Dr. Chew kerana sudi membaca buku cerita ini. Sila nikmati penceritaan buku ini dan selesaikan soalan yang disediakan.

Anna seorang kanak-kanak yang degil dan suka memberontak. Dia tidak suka mengemas biliknya. Pakaian dan mainan selalu dibiarkan merata-rata. Walaupun ibunya menegur berulang kali, Anna masih degil.
Pada suatu hari, Anna sedang leka bermain dengan anak patungnya iaitu Dolly. Kemudian, ibunya datang dan meminta Anna untuk mengemas bilik tidurnya yang berselerak.
Anna berpaling dengan muka yang marah lalu menjawab bahawa dia akan mengemasnya nanti. Anna bangun lalu terus masuk ke dalam bilik. Ibu sangat marah dengan tindakan Anna.
Anna merenung ke luar tingkap sambil memegang Dolly dan mengeluh. Tiba-tiba sesuatu yang aneh berlaku!
Muncul suara daripada Dolly!
Anna sangat terkejut namun teruja pada masa yang sama. Dolly menyatakan bahawa dia akan menunaikan dua hajat kepada Anna kerana telah menjaganya dengan baik selama ini.
Anna berasa sungguh teruja. Dia berhajat agar ibunya tidak lagi menyuruhnya kemas bilik. Dolly hanya tersenyum dan berkata bahawa hajat Anna telah ditunaikan. Anna berasa hairan kerana tidak berasa sebarang perubahan di sekelilingnya.
Anna keluar dari bilik dan mencari ibunya. Kelihatan ibunya sedang duduk di atas sofa. Ibu hanya tersenyum dan mengajak Anna menonton televisyen bersama-sama. Anna terkejut kerana ibunya tidak lagi membebel. Anna sangat teruja dan tersenyum sendiri. Dia suka akan perubahan itu.
Keesokannya, selesai makan Anna meninggalkan pinggan di atas meja dan terus membasuh tangan. Begitu juga dengan ibunya. Anna hairan dan bertanya: "Ibu tidak kemas pinggan?"
"Nanti ibu kemas." Jawab ibu.
Petangnya, ibu mengajak Anna ke pasaraya. Anna tidak mahu pergi kerana hendak menyiapkan kerja sekolah. Tetapi Ibu terus memujuk Anna untuk mengikutinya. Anna akhirnya bersetuju.
Setelah dua hari menghabiskan masa bersama ibu, Anna hendak menyiapkan kerja sekolah. Tiba-tiba, ibunya memanggil: "Anna, mari tonton cerita kegemaran kamu." Anna sungguh teruja dan melupakan kerja sekolahnya.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $6.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $6.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (2)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!