
KAMPUNG MATAK
Di sebuah kampung, tinggal seorang remaja lelaki bernama Donny yang jujur dan ringan tulang. Donny tinggal di Kampung Matak bersama ibu dan ayahnya. Dia merupakan seorang anak tunggal yang sentiasa rajin membantu ibu dan ayahnya. Pemandangan di Kampung Matak amatlah tenang dan damai kerana kampung tersebut terletak berhampiran pantai Cerang yang bersih dan jernih.






Setiap hari, ayah akan membawa Donny pergi memancing dan menangkap ikan. Hanya pekerjaan itu yang mampu ayah lakukan untuk menyara kehidupan mereka. Kehidupan Donny ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, dia tidak pernah mengeluh akan nasib keluarganya, malah dia selalu bersyukur dengan kehidupan mereka sekarang. Oleh itu, Donny akan bangun awal pagi setiap hari untuk menemani ayahnya menangkap ikan di laut menggunakan sampan kesayangan ayah.



Wah, cerahnya langit hari ini! Semoga kita dapat tangkap banyak ikan hari ini, ayah.
Betul tu Donny. Ayah bersyukur kerana hari ini sangat cerah. Ayah tak sabar nak bawa hasil tangkapan ikan nanti untuk dijual di pasar tamu, Mari kita pergi.



























Ayah lalu membawa Donny ke tengah laut menggunakan sampan. Mereka pun mula memancing dan menangkap ikan. Sementara Donny memancing ikan, ayah lalu menebar jalanya di tengah laut dengan harapan untuk memabwa banyak ikan balik agar ikan-ikan tersebut dapat dijual di pasar tamu dan dijadikan lauk untuk makan malam. Kemudian Donny lalu berkata, "Ayah! Lihatlah jaring Donny. Ada ikan termakan umpan Donny. Aduh, beratnya ikan ini!". Kemudian ayah berkata, "Alamak, jangan biarkan ikan itu terlepas Donny! Ayah akan bantu Donny tarik pemancing itu". Dengan sekuat tenaga, ayah dan Donny pun berhasil menarik ikan yang dipancing oleh Donny.








Tak terasa hari sudah semakin senja. Ayah lalu membawa Donny balik ke rumah. Dari jauh telah kelihatan kelibat ibu menunggu Donny dan ayah di depan halaman rumah. Donny lalu berkata, "Eh, Donny nampak ibulah ayah!". Ayah lalu menjawab, "Betul tu Donny. Tak lama lagi kita akan sampai. Nanti kita masak ikan ini bersama-sama". Donny mengangguk kegirangan.
Setelah sampai ke rumah, ibu menyambut kepulangan Donny dan ayah. Kemudian, ibu lalu membawa semua ikan-ikan daripada hasil tangkapan anak dan suaminya ke dapur untuk disiang. Ketika mengambil ikan yang besar tersebut, ibu terkejut lalu berkata, "Alamak, ikan ini nampak sangat besar dan aneh!". Kemudian, ibu terjumpa seutai rantai di dalam mulut ikan terkesebut. "Eh, apa yang berkilau-kilauan ni! Wah, cantiknya rantai ini!". "Abang! Donny! Mari ke sini dan lihat ni!". Ibu memanggil Donny dan ayahnya lalu mereka pun bergegas ke dapur.









Ayah dan Donny juga terkejut ketika melihat seutas rantai keluar dari mulut ikan besar tersebut. Donny lalu mengambil rantai itu dan berkata, "Amboi, terangnya kilauan rantai ini! Nampak sangat cantik. Ibu simpan sahaja rantai ini kerana mungkin sahaja ia milik orang yang kehilangan rantai ketika menaiki bot di laut". Ayah menjawab "Betul itu Donny. Simpan lah dahulu". Kemudian, ibu menyambung kerjanya untuk menyiang ikan tersebut lalu memasaknya. "Ah, sedapnya bau masakan ibu!, puji Donny. Ibu menjawab, "Biasa saja Donny. Sudahlah, mari kita makan".




- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(5)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (5)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(5)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!