Penulis
Nurul Nadiah binti Hamdi
Penyemak
Dr. Rohizah bt Halim
Tahun penerbitan
2021
Reka bentuk
story jumper.com

Amir seorang budak yang baik.
Amir mempunyai seorang ibu.
Ibu Amir seorang suri rumah.
Ibunya rajin bercucuk tanam.
Mereka tinggal di sebuah kampung yang indah.
Pada suatu hari, ketika ibu sedang bercucuk tanam di kebun kecil, Amir datang dan ingin membantu ibunya.
"Assalammualaikum ibu" sapa Amir kepada ibunya.


"Walaikumusalam anak ibu".
"Kenapa kamu kesini?"
"Tidak bermain dengan kawan-kawan kamu ke petang ni?" tanya ibu kepada Amir.


"Saya nak tolong ibu berkebun. Ada apa-apa yang Amir boleh tolong ibu?" kata Amir kepada ibunya.


"Wah, rajinnya anak ibu" kata ibu.
"Kalau begitu, boleh Amir petikkan sayur-sayuran itu?" tanya ibu sambil menunjuk ke arah sayur-sayuran di kebun.


"Sudah tentulah boleh ibu" jawab Amir patuh.
Lalu Amir pun mengambil bakul yang berada di tepi batas dan memetik sayur-sayuran sambil bernyanyi kecil.

“Ibuku ada kebun, E A E A O… Di kebun ada sayur, E A E A O.”
Si ibu tertawa kecil mendengar nyanyian anaknya laly kembali menyambung menyiram tanamannya.
Secara tiba-tiba, Amir memanggil ibunya.

“Ibu, ibu. Tengok ni, ada ulat makan sayur kita.” kata Amir kepada ibunya.
Ibu datang menghampiri Amir dan berkata sambil tersenyum.
“Tak apa Amir, biarkan saja ulat tu makan sikit hasil tanaman kita.”
“Rezeki harus kita kongsi bersama.” tambah ibu.
Amir mengangguk tanda faham setelah mendengar kata-kata ibunya. Kemudian, Amir dan ibunya kembali memetik sayur-sayuran di kebun kecil mereka.
Tidak lama selepas itu, Amir memanggil ibunya lagi.
“Wah! ibu tengok ni! ada rama-rama. Cantik!” kata Amir dengan penuh teruja.
Ibu tersenyum lebar melihat telatah anaknya. Ibu menghampiri Amir dan berkata,
“Amir tau tak macam mana rama-rama terjadi?”
“Tak tahu ibu.” jawab Amir.
Ibu memberikan senyuman kepada Amir dan berkata, “jom kita berehat di pangkin. Ibu ceritakan kepada Amir sambil kita minum petang”.
“Okey ibu! jom!” balas Amir dengan penuh semangat.
Sesampai di pangkin, Amir berkata kepada ibunya dengan bersemangat,
“Cepatlah cerita ibu, Amir tak sabar ni!”. Ibu tertawa dan memulakan cerita.
“Okay, ibu cerita”. “Peringkat pertama rama-rama bermula daripada telur”.
“Telur? Macam telur ayam ke ibu?” Soal Amir. Ibu tertawa kecil apabila mendengar pertanyaan Amir.
“Telur rama-rama itu kecil sahaja Amir, tak seperti telur ayam” terang ibu.
“Ohhh. begitu ke? Baru Amir tahu ibu." “Lepastu macam mana ibu?”. jawab Amir teruja.
“Telur rama-rama ini sangat nipis, ia kecil, berkilat dan berbentuk silinder”. Jelas ibu dengan teliti.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (2)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!