Tahun terbit : 2022

Tiga Biji Delima
Aisyah binti Mohd Zaharudin

BABAK 1
Di hujung Kampung Kenari, terdapat sebuah keluarga miskin yang tinggal di pondok kecil. Karim seorang tukang kayu, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara keluarganya. Isterinya Laila, sedang sarat mengandung enam bulan. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Sufi. Suatu hari, Laila menyatakan hasratnya kepada Karim.
Laila : Wahai suamiku, alangkah indahnya jika bayi dalam kandungan Laila ini dapat merasa buah delima yang ranum masaknya.
Karim : Wahai isteriku, adakah Laila mengidam buah delima? (sambil memegang tangan Laila)
Laila : Ya suamiku, bolehkah abang dapatkan buah delima untuk Laila? (nada memujuk)
Karim : Sudah tentu Laila, abang pasti akan dapatkan buah delima itu untuk Laila.
Laila : Tapi, adakah abang mempunyai wang untuk membelikan buah delima? Di sini, agak sukar untuk mencari buah delima.
Karim : (tersenyum) Jangan bimbang Laila, abang akan dapatkan buah delima itu demi Laila dan anak abang.
Laila : Terima kasih abang. (sambil memegang erat tangan suaminya)
BABAK 2
Karim mula mencari buah delima di setiap kampung namun tidak ditemuinya. Kemudian, dia tiba di sebuah pasar kecil di pekan. Di sana, terdapat seorang lelaki tua yang memegang buah delima di tangannya.
Karim: Maaf pak cik, adakah pak cik menjual buah delima ini?
Pak Saleh : (nada bengis) Aku tidak menjualnya.
Karim : Bolehkah pakcik menjualnya? Saya ingin membeli buah delima ini. (sambil mengeluarkan beberapa keping wang kertas)
Pak Saleh : Aku tidak mahu menjual buah delima ini. Pergilah kamu mencari buah delima di tempat lain.
Karim : (nada merayu) Tolonglah pak cik. Saya mahu membeli buah delima ini. Isteri saya yang sedang sarat mengandung mengidam untuk makan buah delima. Sudah puas saya mencari buah delima di setiap pelusuk kampung tetapi tiada. Hanya pak cik satu-satunya harapan saya. (sambil memegang kedua-dua tangan Pak Saleh)
Pak Saleh : Kalau begitu, aku akan berikan tiga biji buah delimaku ini kepadamu. Dengan syarat, hanya isterimu yang mengidam buah ini sahaja yang boleh makan ketiga-tiga buah ini. Jumpa aku jika ada apa-apa yang berlaku. Namaku Saleh.(sambil mengulurkan buah delima kepada Karim)
Karim menghulurkan wangnya kepada Pak Saleh, tetapi ditolak dengan baik.
Karim : Baiklah, terima kasih Pak Saleh. Saya akan tepati syarat itu.
Pak Saleh : Sama-sama.
Karim bergegas membawa buah delima pulang ke rumah.
BABAK 3
Dengan penuh kegembiraan, Karim pulang ke rumah dengan membawa ketiga-tiga biji buah delima itu. Setibanya di rumah, dia memberikan buah delima tersebut kepada isterinya, Laila.
Karim : Laila! abang ada bawakan buah delima yang Laila minta tempoh hari. (menghulurkan buah delima kepada Laila)
Laila : Wah, terima kasih abang! Laila tidak sangka abang akan memenuhi hasrat Laila. (nada teruja)
Laila menyambut buah delima yang diberi oleh Karim.
Laila : Di manakah abang membeli buah delima ini?
Karim : Sama-sama Laila. Ada seorang pakcik yang memberikan buah delima ini di pasar tadi. Dia memberikan syarat hanya Laila sahaja yang boleh makan ketiga-tiga buah delima ini.
Laila : (nada gembira) Ooo begitu, baiklah nanti Laila makan. Tapi sebelum itu, Laila mahu mandi dahulu. Setelah segar nanti, barulah Laila dapat makan buah delima ini dengan senang hati.
Karim : Laila pergilah mandi dahulu. Kemudian, makan buah delima ini ya.
Laila : Baiklah abang. (memanggil nama anaknya) Sufi, ibu mahu mandi sebentar. Jangan makan tiga biji buah delima di atas meja ini ya.
Sufi : Baiklah ibu. Sufi hanya bermain kereta mainan di ruang tamu. (sambil menunjukkan kereta mainannya)
Laila : Gembira dalam hati, dapat makan buah delima~ (Laila pergi ke bilik mandi sambil menyanyi.)
BABAK 4
Sewaktu Laila sedang mandi, Karim keluar ke belakang rumah untuk memotong kayu. Sufi yang sedang bermain kereta mainan di ruang tamu mula memerhati tiga biji buah delima di atas meja.
Sufi : (monolog) Hmm nampak sedap juga buah delima ibu. Tidak mengapa rasanya kalau aku mahu rasa.
Sufi mula mengupas buah delima.
Sufi : Wah, merahnya isi buah delima ini! Pasti sedap rasanya!
Sufi menyuap beberapa butir delima ke dalam mulutnya.
Sufi : (teruja) Hmmmm manisnya!
Tiba-tiba, Sufi mula berasa tidak selesa pada tekaknya. Tekaknya berasa pahit dan kelat. Dia mula terbatuk-batuk. Air liur mula meleleh tanpa henti. Sufi panik lalu menjerit.
Sufi : (nada cemas) Arghhh.. Tolong!! Ibu! Ayah! Tolong Sufi! (sambil tangannya menahan air liur yang mengalir tanpa henti)
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!