Drama Kanak-Kanak: "Hakim Dan Masanya"
Nama Penulis: Norhana Nazihah Binti Nor Azman
Pensyarah: Dr Noor Hayati Binti Che Mat
Tahun Terbitan : 2024
Penerbit: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur.

HAKIM DAN MASANYA
Hakim terjaga dari tidur dan matanya terus melirik pada jam di dinding.
Hakim : Arghhhh!!! Lambat lagi... Lambat, lambat, lambat, asyik lammmbat je aku ni, aduhai.... Dah lambat, nak buat macam mana. Herm..... Jam di dinding terus berdetak ahh, kakiku juga terus berjalan ah, ah ah ah ah (Hakim menyanyi lagu Aida Jebat sambil mengambil tualanya ke bilik mandi)
BABAK 1
Setibanya di sekolah, guru mengarahkannya untuk berdiri di hadapan kelas kerana lewat.
Guru : Hakim! Sudah berapa kali kamu lewat ke sekolah. Kamu buat apa malam-malam. Kan cikgu dah suruh kamu tidur awal. Nasihatkan kamu, sama macam cikgu mencurahkan air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kamu berdiri di depan kelas ni sampai habis masa cikgu!
Hakim : Baik cikgu, maafkan saya.
Begitulah kehidupan seharian Hakim. Dia sudah lali dengan nasihat yang diberikan oleh orang sekeliling dan masih mengulangi kesalahan yang sama.

BABAK 2
Hakim sekali lagi lewat ke latihan bola sepak. Kali ini, jurulatihnya begitu marah dengan sikap Hakim yang tidak menepati masa. Hakim didenda kerana lewat.
Jurulatih : Hakim, apa masalah kamu! Asyik lewat saja. Kamu nak main ke taknak?
Hakim : Nak cikgu......
Jurulatih : Kalau nak, datang la awal. Orang dah habis satu game dah, kamu baru sampai. Hujung minggu ni dah la nak lawan. Pergi!!! Pusing padang lima pusingan, lepastu datang sini balik.
Hakim : Baik cikgu.

Sewaktu Hakim sedang berlari, kawannya mula mengusik Hakim.
Haziq : Heiii Hakim, kau ni asyik lewat je. Haaa datang la lambat lagi, nanti kamu dah tak boleh main.
Hakim : Eleh kau, aku pemain hebat kot, takkan cikgu nak buang aku. Takde aku, takdelah gol. Tak macam kau, kaki bangku. Sepak bangku boleh la kau. Hahahahaha..... Bolaaaa-bolaaaa aaaaapii... (Hakim menyanyi sambil berlari)

Selesai menghabiskan larian, Hakim terus ke arah jurulatihnya.
Jurulatih : Hakim, sini! Cikgu ada sesuatu nak bagitahu kamu.
Hakim : Ya cikgu, apa tu?
Jurulatih : Hakim, cikgu tahu kamu memang penyerang yang baik dalam permainan bola sepak. Tapi, macam yang cikgu selalu pesan, kamu hebat macam mana pun, kalau kamu tak berdisplin, kamu bukan siapa-siapa. Hujung minggu ni dah nak lawan, cikgu risau kalau kamu datang lewat waktu pertandingan dah nak mula.
Hakim : Saya datang awal cikgu, saya semangat laaaaa nak main.
Jurulatih : Itulah ayat yang selalu kamu sebut. Hakim... cikgu terpaksa gugurkan nama kamu.
Hakim : Cikgu ....... (Hakim mula sedih dan menundukkan kepala), jangan la macamni ...... saya nak main cikgu, saya nak main, saya janji tak lewat dah cikgu.
Jurulatih : Hakim, kamu kena terima keputusan ni. Ini pengajaran buat kamu, nanti kamu cuba lagi dan ubah sikap kamu.
Tindakan jurulatihnya kali ini memang memberi kesan yang sangat mendalam buat Hakim kerana dia sangat menggemari permainan bola sepak. Hukuman ini memang benar-benar membuatkan Hakim rasa ingin berubah namun dia buntu mencari jalan penyelesaiannya. Setibanya di rumah, Hakim berehat di bawah pokok mengenangkan nasibnya. Hakim mula berfikir sehinggalah dia tertidur.
Hakim : Apalah nasib aku.... Aku nak lawan bola sepak lah!!! Aduh, kau la ni masa, kenapa kau berputar laju sangat. Arghh!!!! Aku kena jugak cari jalan ni. Aku tak boleh lambat. Zzzzzzzzzzzzz....... (Hakim tertidur)
Tiba-tiba, datang seorang pak cik tua berpakaian putih di hadapan Hakim. Pak cik tersebut menawarkan satu alat yang mampu mengundurkan masa dan melambatkan putaran masa.
Pak cik : Wahai Hakim! Jangan bersedih ...
Hakim : Errrrrr..... Pakcik ni siapa?
Pak cik : Aku bawakan sesuatu untuk kamu.
Hakim : Bawa apa pakcik?
Pak cik : Ini dia, “Putaran Masa Ajaib”.
Hakim : Untuk apa ni pakcik, apa yang ajaibnya.
BABAK 3

Pak cik : Kamu kan selalu lewat, dengan alat ajaib ni, kamu dapat mengundurkan masa untuk mengubah masa lalu mu menjadi lebih baik. Kalau kamu bangun lewat, kamu putarkan sahaja alat ini, kamu dapat undur masa dan bangun la awal. Kamu juga boleh putarkan untuk masa ini bergerak lambat.
Hakim : Wahhhhhhhh, menarik!!!!!!!!!!
Pak cik : Nah, ambil ni.
Lalu, Hakim terbangun dari mimpinya dan melihat alat tersebut sudah ada di depan matanya.


BABAK 4
Pada suatu pagi, Hakim terbangun lewat untuk ke sekolah, dia terus meluru mendapatkan "Putaran Masa Ajaib" lalu memutarkannya.
Hakim : Hiyyaaaaaa putarlah kau masa ajaib !!! Grrrrrrrrr (bunyi putaran)
Sebaik sahaja Hakim memutarkan alat tersebut, Hakim kembali pada masa lalunya di atas katil.
Hakim : Fuhhhhhh, lega rasanya. Tidur balik la jap.
Kemudian, Hakim terbangun lewat lagi dan memutarkan lagi alat tersebut. Walaupun alat tersebut boleh mengundurkan masa, Hakim tetap tidak mengubah masa lalunya menjadi lebih baik. Begitulah yang diulanginya sehingga puas. Hidup Hakim semakin hari semakin tidak bermakna dan menjadikannya lebih tidak berdisiplin. Hakim terus terbuai dengan alat ajaib yang diperolehnya. Baginya, dengan alat itu, dia boleh melakukan apa sahaja mengikut masanya.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!