
Pada hari Isnin yang lalu, seorang budak lelaki yang benama Aiman sedang menyiapkan dirinya untuk pergi ke sekolah. Dia merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban, Perak. Kedudukan rumahnya berdekatan dengan sekolahnya. Dia mengambil masa dalam 3 minit untuk sampai ke sekolahnya dengan berjalan kaki. Kebiasaannya, dia pergi ke sekolah pada pukul 7 pagi. Pada waktu itu, dia sangat teruja untuk pergi ke sekolah bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang Doktor.
Sebelum Aiman pergi ke sekolah, kebiasaannya ibunya akan menyediakan bekal makanan untuk dibawa ke sekolah. Pada waktu itu, ibunya telah memanggil Aiman untuk membawa bekal makanannya lalu dengan pantasnya Aiman menyiapkan diri untuk pergi ke sekolah dan membawa bekal makanan yang disediakan oleh ibunya. Ibunya sangat menyayangi Aiman bagai menatang minyak yang penuh.
Aiman pun berjalan kaki untuk pergi ke sekolah dengan hati yang riang dan ceria. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba Aiman ternampak seekor kucing yang sedang berada dalam keadaan yang tidak bermaya dan kusut-masai di tepi jalan itu. “Aiman rasa kucing itu lapar dan memerlukan makanan,” kata Aiman dalam fikirannya. Kemudian, dengan pantasnya, dia menghampiri kucing itu dan memberi bekal makanan yang dibawanya untuk ke sekolah kepada kucing itu.
Apabila Aiman memberi makanannya kepada kucing itu, lalu kucing itu menikmati makanan tersebut sehingga meninggalkan sisa tulang ikan. Semasa Aiman melihat kucing itu sudah bermaya, lalu dia meneruskan perjalanannya untuk pergi ke sekolah dengan perasaan yang gembira dan teruja.
Tidak lama kemudian, Aiman telah sampai ke sekolahnya dengan selamat. Dengan hati yang teruja dan ceria, dia masuk ke sekolahnya dengan harapan untuk mencapai cita-citanya dan membanggakan kedua ibu-bapanya. Dia percaya bahawa sesuatu kejayaan tidak akan datang tanpa usaha seperti pepatah melayu ada mengatakan bahawa “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.” Oleh itu, dia berazam dan berusaha untuk mencapai kejayaannya. Tambahan pula, dia teringat akan pesanan ibunya agar belajar rajin-rajin dan bertanya soalan kepada guru sekiranya tidak faham. Jelaslah bahawa, Aiman merupakan seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya.
Pada waktu rehat, tiba-tiba rakannya memberi makanan kepada Aiman. Rakannya bernama Ahmad dan merupakan seorang pengawas di sekolah itu.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (3)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!