
Watak Utama


Hasan
Nek Rosa
WATAK SAMPINGAN




Encik Rozi
Mak Cik Minah
Daniel & Chong
Cikgu Tan


Enak makanan dari lada,
Segar pula rasa pudinanya,
Besar hati kepada nenda,
Rindu sangat kasih sayangnya.
Pada suatu hari terdapat seorang nenek yang uzur, Nek Rosa. Dia mempunyai seorang cucu yang bernama Hasan. Disebabkan ibu bapa Hasan telah meninggal dunia semsa Hasan berumur 6 tahun, Nek Rosa telah menjaga Hasan sehingga dia menjadi seorang dewasa. Matahari sinar seperti telur mata, mereka tinggal di rumah pangsa lama yang berada di satu pekan kecil yang bernama Pekan Aman. Kehidupan mereka pun bermula.
Nek Rosa adalah seorang yang sangat rajin dan berusaha gigih untuk untuk menyara cucu yang masih kecil lagi. Dia sanggup bertanya kepada semua kedai yang berhampiran untuk mendapat sesuatu sumber rezeki. Titisan peluh dari mukanya seperti air terjun. Malangnya, tiada majikan yang ingin mengambil Nek Rosa sebagai pekerja mereka. Hal ini kerana umur Nek Rosa yang tinggi, mereka berasa dia tidak larat untuk bekerja di kedai mereka.


Assalamualaikum, sini ada kerja kosong tak?
Waalaikumsalam. Maaf, nek. Kedai kami sudah ada pekerja yang cukup.

Selepas beberapa hari yang lalu, Nek Rosa masih tidak dapat kerja kosong yang berhampiran dengan rumahnya. Oleh itu, dia terpaksa mengumpul barangan terbuang untuk dijual. Duit yang diperoleh daripada jualan Nek Rosa hanya cukup untuk menyara hidup mereka. Selepas setahun yang lalu, Hasan telah berumur 7 tahun. Nek Rosa menempatkan Hasan di Sekolah Kebangsaan Sungai Timur yang berdekatan dengan rumahnya. Selain daripada itu, Nek Rosa memohon Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada pihak sekolah kepada Hasan supaya dia mendapat makanan percuma sebagai sarapannya.


Selamat pagi, nenek Hasan. Jangan risau, saya akan tolong Hasan untuk dapatkan makanan percuma daripada pihak sekolah semasa waktu persekolahan.
Selamat pagi, Gikgu Tan. Saya ada satu permintaan kepada pihak sekolah. Bolehkah saya memohon Rancangan Makanan Tambahan untuk cucu saya, Hasan dari Kelas 1 Cerdik?


Sama-sama, ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang guru.
Baiklah, terima kasih Cikgu Tan kerana membantu dan memahami keadaan saya.
Selepas beberapa minit......






Nek Rosa pulang ke rumahnya. Nenek memberitahu kepada Hasan tentang perkara ini. Hasan terus melontarkan suara yang besar dengan memarahi Nek Rosa. Hal ini kerana dia berasa malu kerana mengambil makanan percuma. Nasihat-nasihat daripada neneknya adalah seperti mencurah garam ke laut.


Sayangku, makanan ini amat penting kepada kamu semasa belajar di sekolah. Hasan janji pergi kantin untuk makan sarapan pagi itu.
Cis, aku tak nak sarapan percuma! Ini makanan orang miskin! Aku tak nak!
Hasan terus meninggalkan Nek Rosa tanpa berkata apa-apa. Hasan telah melukai hati nenek sampai mengalir air mata. Pada hari yang berikut, nenek dihubungi oleh pihak sekolah kerana Hasan mencuri duit rakan sekelas semasa waktu rehat untuk membeli makanan di kantin. Perbuatan ini telah memalukan Nek Rosa.



Selamat petang, Nek Rosa. Saya adalah guru kelas kepada Hasan dari Kelas 1 Cerdik, bolehkah saya bercakap dengan kamu berkaitan dengan masalah Hasan di sekolah?
Selamat petang, Cikgu Tan. Boleh.



Baiklah, Nek Rosa. Saya mendapati Hasan telah mencuri duit daripada rakan sekelas untuk membeli makanan di kantin. Jadi saya harap Nek Rosa menegur Hasan supaya tidak mengulang perbuatan tersebut.
Minta maaf, Cikgu Tan. Saya akan tegur Hasan nanti dan memulangkan wang tersebut.
Beberapa jam telah berlalu......
Selepas menerima panggilan daripada Cikgu Tan, Nek Rosa pun menunggu Hasan di rumah. Pukul dua jam setengah sudah sampai, Hasan pun balik ke rumah. Nek Rosa memanggil Hasan di biliknya sebelum makan tengah hari. Hasan masih tidak sedar bahawa kesalahannya seperti menegak benang basah.


Hasan, saya nak tanya awak. Benarkah kamu curi duit rakan kamu untuk beli makanan di kantin?
Eh, kenapa tak boleh, itu duit saya!


Sayang, duit itu bukan saya yang bagi kamu jadi perbuatan awak ni panggil mencuri. Jika kamu kalau nak wang saku, minta daripada saya. Jangan curi daripada kawan. Nah, sini ada dua ringgit. Minta maaf kepada kawan kamu dan pulang balik duit tu.
Baiklah, Nek. Esok saya pulangkan.
Disebabkan dia tiada ibu bapa, dia selalu diejek oleh kawan sekelas. Hasan pun hairan kenapa dia tiada ibu bapa dan akhirnya berasa marah kerana nenek yang tidak berguna kepada dia. Di samping itu, dia rasa bersalah kerana dia tiada ibu bapa walaupun dia tidak membuat apa-apa yang menyebabkan ketiadaan ibu bapanya.



Hahahahaha, anak luar nikah!
Padan muka, tiada ibu bapa!
Hasan berasa sedih dan malu kerana perbuatan Chong dan Daniel di dalam bilik darjahnya. Pada masa yang sama, Cikgu Tan sedang menjalankan tugasan dia untuk memastikan semua murid sudah balik ke kelas untuk memulakan pengajaran dia. Oleh itu, dia pun terdengar sindiran daripada Chong dan Daniel kepada Hasan. Bilik darjah menjadi senyap sewaktu Cikgu Tan sampai ke pintu depan kelas mereka. Cikgu Tan mengarah Chong, Daniel dan Hasan ke bilik gurunya.

Chong dan Daniel, kenapa kamu dua ni ejek dan buat malu kepada Hasan berkaitan dengan ibu bapa Hasan di kelas tadi? Kamu taukah perbuatan ini adalah salah dan perlu henti segera.
Maafkan kami, cikgu. Saya dan Daniel cuma gurau sahaja


siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas...
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(4)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $7.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $7.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (4)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(4)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!