Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, diharapkan buku cerita kanak-kanak yang bertajuk "Hadiah Buat Sahabatku" ini dapat menepati minat pembaca di luar sana untuk membaca buku cerita ini tidak di kira mana sahaja anda berada dan semoga bermanfaat buat pembaca. Selamat Membaca!
Erna Nurhazwani Binti Razali
Penulis

Terdapat tiga orang kawan baik iaitu Syafiq, Anas dan juga Faris yang berumur 8 tahun. Mereka bertiga tinggal di kawasan perumahan Taman Sentosa, Johor Bahru.






Pada setiap hari, mereka akan sentiasa pergi ke
sekolah, berjalan dan bermain bersama pada setiap petang di taman permainan.
Pada suatu hari, Syafiq telah mendapat sebuah hadiah iaitu kereta mainan kawalan jauh daripada ayahnya sempena hari jadinya yang ke-8 tahun.


Syafiq berasa amat teruja untuk menunjukkan kepada sahabatnya iaitu Anas dan Faris tentang hadiah barunya itu. Mereka bertiga akan berjumpa di tempat biasa untuk bermain bersama.






Syafiq dan Anas membawa kereta mainan kawalan jauh masing-masing kerana mereka berdua merupakan anak daripada keluarga yang berada dan sederhana. Justeru, ibu bapa mereka mampu membelikan mereka mainan tersebut tetapi tidak bagi Faris kerana ibu bapanya kurang berkemampuan.





Ketika mereka bertiga sedang seronok bermain, Faris meminta izin kepada Syafiq untuk meminjam kereta mainannya seketika untuk bermain.





"Syafiq, aku nak pinjam kereta kau sekejap boleh? Teringin nak main." Pinta Faris kepada Syafiq.
"Tak boleh, nanti calar dan rosak macam mana? Harga kereta mainan ini mahal. Kenapa kau tak beli kereta mainan sendiri?" Balas Syafiq dengan nada yang agak marah.







"Oh! patutlah kau tak ada kereta mainan macam kami sebab mak ayah kau takkan mampu nak beli kereta mainan yang mahal macam ini." Bidas Syafiq dengan nada yang sinis.
"Ayah aku belum dapat gaji lagi.
Itu yang aku tak beli." Ujar Faris dengan nada yang mula perlahan.
Faris mula terasa dan berkecil hati dengan percakapan Syafiq lalu dia mula
beredar dari situ. Anas yang melihat kejadian tersebut mula menegur tentang percakapan Syafiq dan meminjamkan
kereta mainannya kepada Faris untuk bermain bersama mereka.





"Syafiq, tak baik tau kau cakap macam itu dekat Faris. Diakan kawan kita juga. Tak salah pun kalau berikan pinjam sekejap. Faris, kau boleh pinjam kereta mainan aku ya." Ujar Anas kepada Faris yang sudah mula senyum.


Setelah pulang ke rumah, Faris mula menceritakan tentang perihal tersebut kepada ibunya tentang apa yang dikatakan oleh Syafiq. Ibunya mula memujuk dan merasionalkan pemikiran Faris bahawa jika ada rezeki lebih dan ayahnya sudah gaji, mereka pasti akan membelikan kereta mainan tersebut kepada Faris.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Pengajaran:
1. Kita tidak boleh bersikap kedekut atau berkira dengan orang lain terhadap sesuatu rezeki atau nikmat yang diperolehi.
2. Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lain dengan berkongsi setiap rezeki yang dimiliki daripada tuhan.
3. Kita haruslah bersikap pemaaf dengan memaafkan kesalahan orang lain supaya hati menjadi tenang dan damai.

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (2)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!