Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sama ada terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyiapkan buku cerita kanak-kanak ini. Saya berharap agar dengan terhasilnya buku cerita ini dapat memberikan sedikit sebanyak input kepada kita berkenaan dengan pengorbanan seorang sahabat yang saling menyemai sifat kasih sayang dalam kehidupan mereka.
Salam,
Atikah Makripe

Di sebuah istana, tinggallah sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak tunggal kesayangan mereka yang bernama Puteri. Puteri adalah seorang kanak-kanak yang sangat sukakan haiwan. Melihat kepada perkara itu, ibu bapanya memberikan keizinan kepada Puteri untuk memelihara seekor kuda.

Ini kuda. Kuda ini bernama Si Putih. Si Putih merupakan kuda kesayangan Puteri. Puteri amat menyayangi Si Putih kerana telah membelanya sejak Putih kecil sehingga dewasa.
Putih seekor kuda yang sangat memahami Puteri.
Putih adalah satu-satunya sahabat baik Puteri sejak kecil. Hal ini kerana Puteri tidak mempunyai kawan selain Si Putih kesayangannya itu.


Satu majlis telah diadakan bersempena dengan hari lahir Puteri di perkarangan dewan utama istana. Suasana majlis pada ketika itu sungguh meriah sekali dengan kehadiran para tetamu jemputan pada malam itu. Segala juadah disediakan untuk menambahkan lagi kemeriahan dewan istana tersebut. Tetamu yang hadir ke majlis itu kelihatan gembira sekali. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik turut diadakan.
Ketika mereka sedang leka bergembira, Si Putih secara tiba-tiba bertukar menjadi nenek kebayan. Puteri dan seluruh tetamu di dalam dewan terkejut melihat keadaan tersebut. Masing-masing tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

Rupa-rupanya, Si Putih yang berada di sebelahnya sepanjang majlis itu berlangsung adalah nenek kebayan. Nenek kebayan ini telah menyamar menyerupai kuda putih kesayangannya.
Pada mulanya, hati Puteri berasa kurang enak kerana tindakan Si Putih tidak seperti selalu yang sentiasa melayani kerenahnya. Si Putih juga mengelak daripada meminum air lemon kegemarannya apabila Puteri menghidangkannya. Hal ini kerana nenek kebayan tidak boleh meminum air lemon itu.
Ia menunjukkan bahawa Si Putih telahpun hilang tanpa Puteri sedari. Kehilangan Si Putih membuatkan Puteri berasa gelisah kerana Si Putih adalah satu-satunya sahabat yang setia mendengarnya bercerita dan meluahkan segala isi hatinya.

Tanpa berfikir panjang, Puteri terus bergegas keluar mencari Si Putih yang hilang itu. Kegelapan malam langsung tidak dipedulikannya. Majlis yang masih berlangsung itu juga ditinggalkan begitu sahaja tanpa mengendahkan tetamu-tetamunya.
Semasa perjalanan mencari Si Putih, kaki Puteri tersadung pada dahan kayu menyebabkan dia tidak mampu untuk berjalan
lalu tertidur pada sebatang pokok. Ketika Puteri tertidur kepenatan, hadir seekor pari-pari di dalam mimpinya.

Pari-pari ini mengatakan bahawa Si Putih telah diculik oleh nenek kebayan. Dalam mimpinya juga, pari-pari memberitahu bahawa Si Putih berada di sebuah rumah yang dimiliki oleh nenek kebayan. Dalam mimpinya juga, pari-pari mengatakan bahawa Si Putih tidak sedarkan diri.
Perut Puteri sudah mula berbunyi menandakan perlu diisi. Ini kerana semasa majlis sambutan hari lahirnya, Puteri tidak sempat menjamah apa-apa jamuan yang dihidangkan disebabkan berlakunya kekacauan oleh nenek kebayan itu. Nenek kebayan itu sudah lama menyimpan niat buruk kepadanya kerana berasa amat dengki atas kebahagiaan yang dimiliki oleh Puteri.
Nenek kebayan itu cuba untuk menghancurkan hubungan persahabatan Puteri dengan Si Putih. Disebabkan nenek kebayan itu jugalah, Puteri tidak mempunyai kawan yang sudi berkawan dengannya. Kini, nenek kebayan itu cuba mengambil Si Putih daripadanya pula.


- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Buku cerita kanak-kanak ini mengisahkan persahabatan antara seorang Puteri dengan seekor kuda peliharaannya yang diberi nama Si Putih. Persahabatan antara Puteri dengan Si Putih ini bermula sejak Si Putih kecil sehinggalah dewasa. Cerita ini juga mengisahkan kasih sayang dan pengorbanan seorang sahabat.
BUKU CERITA KANAK-KANAK
Puteri
&
Si Putih

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(4)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (4)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(4)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!