
NAMA: MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN EMBOK TAHA
NO. KAD PENGENALAN: 020907010337
ANGKA GILIRAN: 2021172340009
KELAS: PT2S2-9
AMBILAN: PISMP JUN 2021
NAMA KURSUS: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD KURSUS: BMMB3083



Sekalung penghargaan dihulurkan buat semua pihak yang menyokong dalam proses menyiapkan kerja kursus Drama dalam pendidikan (BMMB3083) ini. Dalam menyiapkan tugasan 2 ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu kepada pensyarah kami yang sentiasa memberikan penjelasan secara menyeluruh bagi memudahkan pembuatan kerja kursus kali ini iaitu Dr. Noorhayati binti Che Mat, kerana telah membantu memberikan penerangan tentang kerja kursus yang perlu disiapkan oleh setiap siswa guru.

Seterusnya, sekalung aprisiasi saya panjatkan kepada pihak IPG Kampus Ilmu Khas kerana memberikan kemudahan internet sepanjang menyiapkan tugasan ini dan turut memberikan kemudahan ruang pembelajaran bagi memudahkan lagi proses penyiapan kerja kursus. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada rakan- rakan sekelas Major BM ambilan Jun 2021 yang membantu memberikan penerangan pembuatan dan rangka strategi untuk mencari isi penting dan juga mencari maklumat tambahan.

tema
KEBERANIAN
Watak dan perwatakan:
Khai
-Seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
-Dia merupakan murid tahun 6 SK Peringgit.
-Rasional dalam membuat sesuatu keputusan.
-Pendiam dan kurang peramah.
Qashrina
-Seorang murid perempuan yang berkawan rapat dengan Khai.
-Gemar membaca novel misteri dan seram.
-Suka bertindak secara terburu-buru dan mengikut perasaan.
-Seorang budak perempuan yang sebaya dengan Khai.


Inspektor Kamarul
-Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di IPD Melaka Tengah.
-Abang kandung kepada Khai.
-Merupakan seorang yang berani dalam menjalankan tugas.
-Terlibat dalam OPS Basmi Dadah.
-Bekerjasama dengan Khai dalam mendapatkan maklumat.
Eddy
-Berbadan kurus dan merupakan salah seorang keldai dadah.
-Kanak-kanak lelaki yang masih berusia 11 tahun.
-Pernah dibantu oleh Khai semasa dibuli oleh samseng jalanan.


Karim & kumar
-Dua orang pekerja kepada Amelyn dalam mengusahakan kilang pembuatan dadahnya itu.
-Kumar seorang yang berbadan sasa manakala Karim berbadan kurus dan pendek.
-suka membuat lawak
Puan Amelyn
-Merupakan seorang pengusaha kepada syarikat pembuatan tauhu di Kampung Peringgit.
-Beliau mempunyai lebih daripada 3 kilang pembuatan tauhu di Melaka.
-Beliau terbabit dalam sindiket pembuatan dadah.
- Seorang yang mementingkan keuntungan diri sendiri.



Latar masa
-pukul 9.30 pagi
-waktu pagi
-11 pagi
-12 tengah hari
-petang
Latar tempat
-semak-samun
-kawasan perumahan
-taman
-Kilang Pembuatan Tauhu Puan Amelyn
-rumah Khai
Sinopsis
Khairul Faizin merupakan seorang murid lelaki yang mempunyai kecerdasan minda melebihi rakan-rakan sebayanya. Dia merupakan seorang murid yang sentiasa beranggapan bahawa kehidupan sentiasa mempunyai persoalan yang memerlukan jawapan. Kisah ini bermula apabila Khai membuat penyiasatan terhadap pembukaan kilang tauhu yang dimiliki oleh Puan Amelyn. Namun begitu, apakah yang menyebabkan Khai berasa curiga dengan kilang tauhu tersebut? Adakah sindiket yang diselindungkan oleh Puan Amelyn di sebalik perusahaan kilang tauhunya itu? Apakah pengakhiran kisah penyiasatan Khai dan rakan-rakannya? Nantikan pengakhiran misteri ini.
bABAK 1
Bandaraya Melaka merupakan tempat yang bersejarah dan sentiasa dipenuhi oleh warna-warni masyarakat setempat. Namun begitu, masih banyak lagi sisi gelap yang tidak diketahui oleh sesiapa. Walau bagaimanapun, Khai merupakan seorang kanak-kanak yang cerdik dan sentiasa ingin tahu semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Pada suatu hari, jam menunjukkan pukul 9.30 pagi dan Khai sudah bersiap-sedia untuk pergi keluar ke taman. Namun, dia terlihat sebuah lori melintas melalui kawasan rumahnya. Tiba-tiba, Qashrina menyapa Khai yang sedang mengelamun itu.



Ish! apa yang kamu sedang lihat itu Khai.
Kau ada nampak tak lori yang lalu tadi?


Qashrina: Oh, lori tauhu itukah?
Khai: Aku mahu ikut lori itulah. Aku nak lihat juga keadaan kilang tauhu di pekan kita ini.
Qashrina: Ish! Bahayalah. Bukankah abang awak minta kita untuk berhati-hati semasa bermain di luar rumah.
Khai: Tapi, aku ada perasaan curiga lah pada lori itu.
Qashrina: Apa yang awak curigakan? Saya lihat lori tu macam lori biasa sahaja.
Khai: Aku rasa lebih baik kita ekori sahaja lori itu.
Mereka berdua mengikuti lori tersebut sehingga ke kilang pembuatan tauhu.
bABAK 2

Setibanya di kilang tersebut, mereka terlihat beberapa orang pekerja mengangkut lebih daripada 20 kotak tauhu. Namun begitu, mereka mula tersentak apabila melihat beberapa orang lelaki mengangkat sebuah kotak yang berisi serbuk yang berwarna putih.















Qashrina: Khai, saya rasa mereka mengedar dadah lah.
Khai: Aku pun rasa begitu. Aku ada terdengar Abang Kamarul berbual melalui telefonnya. Dia ada mengatakan kilang tauhu milik Puan Amelyn didapati melakukan kegiatan penyeludupan dadah.
Qashrina: Patutlah dari tadi awak beria-ria hendak mengikuti lori ni. Kalau saya tahu dari awal, saya tidak akan ikut awak datang ke sini.







Khai: Kalau aku tak buat macam ini, aku yakin kau tidak akan ikut aku ke sini.
Qashrina: Khai, mari balik! Saya dah risau sangat ni.
Khai: Sabarlah, aku perlu ambil gambar terlebih dahulu untuk aku tunjukkan pada Abang Kamarul.
Tiba-tiba, mereka mendengarkan bunyi langkah tapak kaki dari belakang mereka.
babak 3








Awakkah itu Eddy?
Eh, awak Qashrina kan? Dan awak....Khai kan.





Eddy mulai menitikkan air mata.
Khai: Kenapa kau menangis tiba-tiba ni?
Eddy: Maafkan saya, saya cuma teringat awak pernah membantu saya semasa saya dibuli oleh samseng jalanan dahulu.
Qashrina: Apa yang awak lakukan di sini Eddy?
Eddy: Saya...saya...saya...




Lidah Eddy terkelu dan dia terdiam seribu bahasa.
Khai: Kau mengedar dadah, betul tak tekaan aku?
Eddy: Mana ada!
Qashrina: Kenapa awak berkata begitu Khai?
Khai: Aku tak terlalu bodoh sehinggakan tak perasan ada sepeket dadah dalam beg selimpang kau itu.
Qashrina: Awak hisap dadah ke Eddy?
Tiba-tiba, 2 orang lelaki iaitu Karim dan Kumar terlihat 3 orang budak itu dan menjerit pada mereka.


Karim: Oi, kamu semua buat apa di situ?
Kumar: Aku rasa mereka dah tahu lah tentang dadah ini.
Karim: Cis, lebih baik kita tangkap sahaja mereka dan bawa berjumpa dengan bos kita.
Karim dan Kumar berlari mengejar mereka. Mereka bertiga terus berlari meninggalkan tempat tersebut. Mereka tiba di hadapan rumah Khai dalam keadaan yang kepenatan.


BABAK 4
Khai melihat ke arah jam pintarnya dan menunjukkan jam 12.00 tengah hari. Qashrina yang masih terkejut kelihatan sangat cemas. Sementara itu, Eddy hanya terduduk diam sambil mengigil ketakutan. Khai cuba menenangkan mereka.



Khai: Jangan risau, mereka sudah tidak mengejar kita lagi. Aku tahu yang mereka tidak akan datang ke kawasan yang ramai orang.
Qashrina: Kau pastikah Khai? Aku takut mereka masih kejar kita lagi.
Khai: Ya, aku pasti!
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $8.39+) -
BUY THIS BOOK
(from $8.39+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!