
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah-pensyarah saya atas tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap perkara yang saya alpa terutamanya ahli kumpulan saya. Terima kasih.




WATAK UTAMA
AMATO
MARA
PIAN
ARIZ

Setelah solat Zohor berjemaah, Amato dan Pian menunggu rakan-rakannya untuk mandi-manda di sungai. Kemudian, Mara dan Ariz datang membawa balang kaca berisi ikan pelaga.
“Cantikkan ikan yang kami tangkap tadi?” tanya Ariz kepada Amato dan Pian.
“Cantik, tetapi kasihan ikan itu tidak dapat hidup bebas seperti kawan-kawannya.”
Kemudian, Ariz bercadang untuk melepaskan ikan itu ke sungai berdekatan. Dalam perjalanan, Mara dengan baik hatinya membahagikan dua biji kuih bahulu seorang kepada rakan-rakannya. Kuih itu dibuatnya sendiri untuk sarapan kerana ibunya kurang sihat. Mereka berjalan dengan gembira menuju ke sungai.
Setibanya di sungai, Amato terlihat seorang pak cik yang sedang membuang sampah ke dalam sungai. Dengan pantas, Amato berjalan ke arah lelaki tersebut.
“Maaf mengganggu, pak cik. Saya cuma nak beritahu yang pak cik tak boleh buang sampah di sungai ini. Kawasan pembuangan sampah ada di sebelah kiri pondok sana,” jelas Amato dengan tenang dan sopan.
Lelaki tersebut tidak menghiraukan nasihat Amato lalu membuang sampah ke dalam sungai sebelum beredar.
Kawasan Sungai Jernih itu sangat kotor dan berbau busuk. Mara terjumpa seekor anak kucing yang dipenuhi tumpahan minyak di sebalik semak. Mara mengambil kucing itu dan membersihkannya semampu boleh. Kemudian, mereka berpakat untuk mengutip sampah di sekeliling sungai. Pian dan Ariz menggunakan ranting kayu untuk mengalihkan sampah kotor setempat di bawah pokok.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!