
"Misteri Nota Hiroto"
Muhammad Izzat bin Zambri
PT2S2-9
BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan
Dr Noor Hayati Binti Che Mat
IPG Kampus Ilmu Khas
(2023)

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Noor Hayati binti Che Mat yang merupakan mentor dan juga pensyarah pembimbing bagi subjek BMMB3083 untuk semester ini. Pelbagai ilmu pengetahuan telah dicurahkan oleh beliau. Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Penghargaan
"Misteri Nota Hiroto" ialah buku karya asli yang dihasilkan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan.



Tema:
Keprihatinan
Zunita/Zuni
Zahrah/Zah
-Lemah lembut
-Fasih berbahasa Jepun
-Prihatin
Watak & perwatakan


Makoto Hiroto
-Berumur 6 tahun
-Pintar
Puan Makoto
-Ibu Hiroto
-Suri rumah


Daniel
-Berkulit pucat
-Orang bawahan Yeong
Ravin
-Berbangsa India
-Orang bawahan Yeong


Yeong
-Bekas rakan sekerja encik
Makoto
-Berbangsa Cina
Abang Roslan
-Berusia 20-an
-Atlet Tae Kown Do


Peristiwa tidak diduga bagi Zunita dan Zahrah berlaku pada cuti penggal akhir sekolah. Kisah ini bermula apabila Zunita terlihat sebuah nota misteri yang ditinggalkan di dalam begnya. Nota tersebut membawa tanda soal dan konflik sewaktu cuti tersebut. Mereka bertindak untuk merungkai nota tersebut dan mencari kebenaran di sebalik nota misteri tersebut. Pelbagai halangan serta detik-detik yang mencemaskan. Adakah Zunita dan Zahrah berjaya merungkai misteri ini? Siapakah yang akan membantu mereka dan siapakah sebenarnya Hiroto?
SINOPSIS
Abang Roslan membawa Zunita, Zahrah dan ibu bapanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setelah tiba di platform lapangan terbang, mereka bersalaman dan melambai kepada pasangan itu. Zunita pergi ke tandas dan terserempak dengan seorang budak berumur kira-kira enam tahun. Dia mendekati budak tersebut.



Zunita: Adakah adik sesat?
Budak itu melihat kearahnya dengan bingung.
Zunita: Adik ini tak faham aku? (Monolog). Are you lost? Where are your parents? Mama?
Budak lelaki itu menangis ketakutan.
Zunita: Aku dah agak budak ini sesat. Aku mesti bawa dia ke kaunter informasi dengan segera.
Tidak lama kemudian, Zahrah dan Abang Roslan datang ke kaunter untuk mencari Zunita. Ibu budak lelaki itu juga datang ke kaunter tersebut.
Puan Makoto: Hiroto!
Hiroto: Mama!
Puan Makoto: Terima kasih kerana membawa anak saya ke sini. Maaf menyusahkan kamu.
Zunita: Tidak mengapa makcik, saya pun kebetulan lalu sahaja tadi.
Hiroto: Arigato gozaimasu!
Abang Roslan dan Zahrah hanya tersenyum melihat kejadian tersebut. Setelah itu, mereka terus pulang ke rumah.
Keesokan harinya, Zahrah dan Zunita pergi ke restoran berdekatan rumah Abang Roslan. Sementara Zahrah pergi ke tandas, Zunita membaca novel misteri karya Najib Razak yang merupakan penulis termasyhur di KL. Zunita disapa seorang budak lelaki. Dia berasa pernah nampak budak itu sebelum ini.




Zunita: Adakah kita pernah bertemu sebelum ini?
Budak itu menjawab dalam bahasa Jepun. Zunita terdiam. Zahrah yang fasih berbahasa Jepun, bukannya dia. Zunita menggeleng kepala tanda tidak faham. Budak lelaki itu mengeluh. Dia melihat beg zahrah dan berkata.
Hiroto: Pepa (paper) to pen wa arimasen?
Zunita: Kertas dan pen?
Hiroto: So desu. (iya)
Zunita menghulurkan kertas dan pen kepada budak itu. Sedang dia menulis sesuatu, Zunita terlihat seorang wanita berwarga Cina keluar dari tandas. Kemudian, dia dapati bahawa budak tadi tiba-tiba melarikan diri dan hilang dari pandangan.
Zunita: Adik, kamu nak pergi ke mana?
Zahrah mencuit perut Zunita
Zahrah: Jauh kau termenung Zuni, ada apa-apakah?
Zunita: Oh, kau rupanya lambat la. Aku lapar sudah ni. Ayuh makan.
Zahrah: Maaf, tadi ada makcik cari anak dia.



ヘルプ !
489A – ヒロト


Selesai makan, Zunita meletakkan novel ke dalam beg. Dia terkejut kerana terdapat sebuah nota dalam begnya. Zunita menunjuknya kepada Zahrah. Zahrah dapat mentafsir nota tersebut.
Zahrah: Dari mana kau dapat nota ini?
Zunita: Entah-entah budak tadi yang letak.
Zahrah: Budak?
Zunita menceritakan segalanya kepada Zahrah.
Zahrah: Nota ini ditulis dalam bahasa Jepun. Maksudnya, “Tolong! 489A – Hiroto”.
Zunita: Hiroto.. Oh, Hiroto budak yang aku jumpa semalam!
Zahrah: Mungkin dia dalam bahaya?
Mereka bergegas ke rumah untuk merungkai maksud nombor yang tertera.

Sedang Zunita tidur petang, Zahrah mengambil peluang untuk pergi ke lokasi yang tertera di nota tersebut. Zahrah terlihat papan tanda yang tertulis Jalan 4/89A.


Jalan 4/89A


Sedang Zunita tidur petang, Zahrah mengambil peluang untuk pergi ke lokasi yang tertera di nota tersebut. Zahrah terlihat papan tanda yang tertulis Jalan 4/89A.
Zahrah: Aku sudah agak ini alamat rumah.
Zahrah mendekati sebuah rumah. Dia menekan loceng dan seorang wanita berwarga Cina muncul di pintu rumah. Wanita itu mendekatinya. Wanita itu seolah pernah dlihat.
Zahrah: Selamat petang, ini rumah Hiroto ke?
Yeong: Ya. Ada apa?
Zahrah: Dia ada di rumah?
Yeong: Anak saya di sekolah. Kenapa dengan dia?
Zahrah: Tiada apa-apa. Kalau begitu, saya pulang dulu.
Yeong menutup pintu. Zahrah terdengar Yeong berleter dalam bahasa Mandarin seakan-akan Hiroto berada di hadapannya. Zahrah terus pulang ke rumah.

Dengan penuh rasa curiga, Zahrah membuka pintu bilik Zunita dan bercerita kepadanya.


Zahrah: Nota itu, aku sudah merungkainya.
Zunita: Jadi, apakah maksud nombor dalam nota itu?
Zahrah: Nombor itu menunjukkan nombor jalan. Aku sudah pergi rumah Hiroto dan menemui ibunya. Tetapi bukankah ibunya orang Jepun?
Zunita: Ya. kenapa?
Zahrah: Aneh, kerana yang membuka pintu tadi orang Cina..
Zunita: Apa kata kalau esok kita siasat lagi? Hari sudah gelap.
Zahrah: Aku setuju.

ヘルプ ! 489A – ヒロト




Pada keesokan harinya, Zunita dan Zahrah berlegar di taman permainan berhadapan dengan rumah Hiroto. Tidak lama kemudian mereka ternampak sebuah lori. Dua orang lelaki turun dari lori tersebut dan berbual dengan Yeong.


- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors




- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $6.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $6.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!