• ()
  • SAVE
Report
    Liked By
    X
  • ()
  • SHARE
  • SAVE
  • Report
Encourage this author
  • ()
X
  • Excessive Violence
  • Harassment
  • Offensive Pictures
  • Spelling & Grammar Errors
  • Unfinished
  • Other Problem
 

"BUKU CERITA ELEKTRONIK"

Kebelakangan ini, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak semakin pupus ditelan arus pemodenan. Ini mengakibatkan masih ada lagi kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca khasnya. Punca permasalahan berkemungkinan disebabkan oleh buku cerita yang masih ada pada masa kini tidak relevan dengan perkembangan teknologi. Hal ini demikian kerana semua pengetahuan kini boleh dicapai di hujung jari. Oleh itu, buku cerita diinovasikan kepada yang lebih mudah dan menarik serta sesuai dengan peredaran zaman. Kanak-kanak secara semula jadi suka akan gambar yang mempunyai ilustrasi yang menarik melalui gabungan pelbagai warna serta lukisan yang indah. Buku cerita elektronik merupakan salah satu tarikan yang memberi nafas baharu seiring dengan arus teknologi kini. Buku cerita elektronik ini bukan sahaja menarik dengan pelbagai penggunaan warna, animasi, dan ilustrasi malahan ia mudah diperoleh terutamanya di laman sesawang. Buku cerita elektronik ini juga dapat memberi keseronokan baharu kepada kanak-kanak kerana bukan sahaja dijelmakan dalam cara yang baharu tetapi juga sesuai dengan pendekatan kanak-kanak pada zaman moden ini. Oleh yang demikian, penggunaan buku cerita elektronik ini mampu meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.  
(17 pages)
Privacy level: PUBLIC
329822 reads 529 fans

CREATE
BOOKS
for
KIDS

FREE STORIES ONLINE

COMMENTS

X
We use cookies on this site. By continuing to use this site, we assume you consent for cookies to be used. See our Cookie Policy. GOT IT