Terima kasih kerana membaca.This book was created and published on StoryJumperâ„¢
©2014 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com













Adam adalah anak bongsu kepada Mak Siti dan
Pak Yusof.Dia merupakan seorang yang keras
kepala.Dia suka memerintah ibu-bapanya untuk
membelikannya barang-barang yang mahal dan
terkini seperti telefon bimbit dan komputer riba.
Ibu dan bapanya selalu menuruti kehendak
Adam kerana mereka tidak mahu
mengecewakan Adam.


Apabila Adam dewasa, dia memberitahu ibu-bapanya
yang dia hendak mencari pekerjaan di kota yang boleh
memberi rezeki yang lebih untuk menampung
keperluan keluarganya. Ibu-bapanya mengizinkan
Adam pergi walaupun mereka berasa amat sedih untuk
berpisah dengan anak kesayangan mereka.
Telah berbulan-bulan ibu-bapa Adam menunggu
kepulangan Adam tetapi Adam tidak juga pulang
menziarahi mereka. Adam seperti kacang lupakan
kulit.


















Adam hidup mewah di kota tetapi berasa malu
untuk pulang ke kampung halaman.
Ibu-bapa Adam berasa risau kerana Adam belum
pulang-pulang lagi. Ibu-bapanya mengambil
keputusan untuk pergi mencari Adam di
kota.Mereka mencari Adam tinggi dan rendah
tanpa putus asa. Pada suatu pagi, ibu-bapa
ternampak Adam sedang berbual dengan
seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan
kerana dia asyik menoleh kepalanya ke kiri dan
ke kanan.

Bapa Adam terus berteriak nama Adam dengan
penuh harapan. Adam menoleh ke arah ibu-
bapanya dengan perasaan terkejut.Adam terus
melarikan diri dengan serta-merta walaupun
ibu-bapanya memanggil-manggil namanya.
Tiba-tiba ada sebuah kereta menuju ke arah
Adam dengan laju.Adam tidak sempat untuk
mengelakkan dirinya dari dilanggar kereta
itu."Boom!" kedengaran bunyi kereta melangar
Adam dengan kuat.

Adam rebah di tempat kemalangan itu.Banyak
darah keluar dari seluruh badannya.Ibu dan bapa
Adam terkejut melihat kejadian itu.Mereka terus
berlari ke tempat kemalangan itu. Sambil
mengusap-usap kepala Adam, ibu Adam rasa
amat terharu melihat keadaan Adam yang seperti
nyawa-nyawa ikan. Adam berasa amat menyesal
dan dengan terketar-ketar dia meminta ampun
pada ibu dan bapanya ke atas kesilapannya.
Tidak lama kemudian, Adam pun meninggal
dunia....

You've previewed 11 of 17 pages.
To read more:
Click Sign Up (Free)- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
- DOWNLOAD
- LIKE (6)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!