Khas untuk rakan-rakan sekelasku, dan Cikgu Azah.Terima kasih kerana mengajar saya banyak tentang
Karangan and Bahasa Melayu.
Sekian, terima kasih, dari rakan dan muridmu,
Nur Syifaa.
This book was created and published on StoryJumperâ„¢
©2014 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com



Afiq adalah murid darjah lima dan dia
seorang budak yang nakal dan pemalas.
Afiq suka bermain bola; tetapi, dia tidak
suka membuat kerja sekolahnya.
Afiq menonton televisyen rancangan
perlawanan bola sepak. Hari sudah lewat
malam tetapi Afiq masih tidak masuk tidur
lagi. Dia juga belum menyelesaikan kerja
sekolahnya. Afiq menonton televisyen
hingga jauh malam.

Keesokan paginya, ibunya mengejutkan Afiq.
Namun begitu, dia tetap keras kepala dan tidak
mahu bangun. Beberapa minit kemudian, Afiq
bangun dari tidurnya. Dia terus membersihkan
dirinya. Ibunya telah menyediakan sarapan pagi,
tetapi ia tidak disentuh oleh anaknya itu.
Afiq tidak bersarapan akibat sudah lewat untuk
sekolah. Dia pun bergegas ke pintu rumahnya.
Jalan raya sibuk dan riuh rendah. Afiq pun menaiki
teksi ke sekolah. Ramai orang bergegas untuk ke
tempat kerja.



Apabila Afiq tiba di sekolah, dia ternampak seorang
pengawas sekolah sedang berdiri di pagar. Dia
berasa cemas kerana tidak mahu dimarahi. Nasib,
Afiq menjadi lebih buruk. Namanya telah dicatatkan
ke dalam buku nota pengawas tersebut.
Afiq dimarahi oleh pengawas tersebut. Dia berasa
menyesal kerana telah tidur lewar malam semalam.
Pengawas menasihatinya supaya datang tepat pada
waktunya. Afiq meminta maaf dan berjanji tidak
mengulangi perbuatan itu lagi. Dengan pantas, dia
bergegas kembali ke bilik darjah.


You've previewed 10 of 16 pages.
To read more:
Click Sign Up (Free)- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(18)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
- DOWNLOAD
- LIKE (18)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
LIKE(18)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!