Untuk rakan-rakan sekelasku dan Cikgu Azah!This book was created and published on StoryJumperâ„¢
©2014 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com



"Baik, Ibu!" aku menjawab entah yang ke berapa kali.
Ibu hendak keluar untuk pergi membeli buku sekolah
bersama bapaku. Aku hendak duduk di rumah kerana
terlalu malas untuk keluar dari rumah lebih-lebih lagi
dengan cuaca yang dingin begini.
Untuk mengisi masa lapangku pada hari itu, aku
menonton televisyen iaitu sebuah dokumentari tentang
kemalangan. Aku melepaskan genggamanku pada kotak
coklat itu. Hanya satu gambar yang berada di fikiranku.
Gambar sebuah kemalangan yang membuat aku
hampir-hampir kehilangan seorang ahli keluarga yang
amat rapat denganku.

"Jom! Kita pergi bermain bola dahulu. Selepas itu
barulah Asyikin boleh makan aiskrim itu," kata
sepupuku, Azil. Kami mengajak saudara-maraku yang
lain. Keluargaku memang gemar bermain bola sepak.
Setiap kali kami berjumpa, salah seorang harus
membawa sebiji bola untuk dimainkan di padang yang
berdekatan dengan rumah nenekku.

Tanpa membuang masa, kami membuat kumpulan
masing-masing dan memulakan perlawanan tersebut.
Aku bersorak kegembiraan apabila aku menjaringkan gol
yang pertama. Selepas lima belas minit, aku mendapat
peluang untuk menjaringkan gol sekali lagi tetapi aku
berada jauh dari gawang bola itu. Namun, aku mencuba
juga lalu aku menendang bola itu dengan kuat. Bola itu
tidak masuk ke dalam gawang tetapi ia berada di
tengah-tengah jalan raya. Aku melihat Azil sudah
bersedia untuk berlari mendapatkan bola itu. Kumpulan
memilihku untuk mendapatkan bola itu. Wisel pun
berbunyi menandakan kami sudah boleh berlari ke arah
bola itu. Aku berhenti untuk mengawasi kenderaan yang
lalu-lalang di situ manakala Azil terus berlari tanpa
berhenti untuk

mengawasi kenderaan yang lalu-lalang di situ
manakala Azil terus berlari tanpa berhenti untuk
melihat trafik di situ. "Azil!" aku memekik untuk
memberitahunya bahawa yang ada sebuah kereta
sedang dipandu dengan laju. Tidak sempat pun dia
menoleh kepadaku, kereta itu telah melanggarnya. Aku
memekik sekuat hati.


Beberapa minit kemudian, keluargaku datang melihat
keadaanku dan Azil. Ambulans pun sampai lalu
membawa Azil ke hospital. Aku mengikuti ambulans itu.
Perasaan bersalah menyelulangi hatiku. Jika aku
memberitahunya lebih awal, sudah tentu Azil tidak akan
berada di dalam ambulans ini. Aku yang harus
dipersalahkan, bukan Azil. Aku menitiskan air mata
apabila melihat kepalanya yang berdarah, tangannya
yang luka, mukanya tercalur dan berbagai kecederaan
lagi.

Perjalanan ke hospital mengambil masa kira-kira
sepuluh minit. Azil dibawa terus ke unit kecemasan
untuk diberi rawatan segera. Kami sekeluarga
menunggunya selama beberapa jam. Aku tidak mahu
makan kerana aku takut akan kehilangan saudaraku
yang paling rapat. Selepas beberapa jam, doktor yang
merawat Azil keluar dari unit kecemasan. Dia
memberitahu bahawa Azil sudah selamat dan
ditempatkan di wad biasa. Aku adalah orang pertama
menziarahinya. Aku tergamam melihat keadaannya Aku
meminta maaf berkali-kali tetapi apakah daya.
Kemalangan itu sudah pun berlaku.

You've previewed 10 of 16 pages.
To read more:
Click Sign Up (Free)- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
- DOWNLOAD
- LIKE (6)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!