SINOPSISCerita ini mengisahkan seekor katak yang sangat nakal dan
telah meningggalkan perigi yang didiami sejak
kelahirannya. Katak ini memiliki kuasa ajaib dan diarah
untuk meyelamatkan Raja dan Puteri di sebuah bandar
yang diperintah oleh kuasa yang jahat.
This book was created and published on StoryJumper™
©2015 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com




Lima ratus tahun yang lalu, terdapat
sekumpulan katak yang tinggal di perigi buruk
yang sudah lama ditinggalkan di dalam sebuah
istana di bandar Tembikai. Di antara semua
katak, ada seekor katak jantan yang paling
cepat membesar semasa proses membiak. Ia
sangat nakal dan suka membuli katak-katak
yang lain. Oleh kerana kenakalan katak ini,
ibunya telah menamakannya Nakal.

Nakal sentiasa mempunyai fikiran untuk melihat dunia
luar, ia tidak mahu berada dalam perigi buruk itu seumur
hidupnya. Pelbagai cara telah dicuba oleh Nakal untuk keluar
dari perigi semasa ibunya tidak perasaan, namun usahanya
tidak berjaya. Nakal tidak pernah putus asa walaupun telah
banyak kali mencuba.
Setelah hujan yang berterusan selama seminggu, paras
air dalam perigi semakin tinggi, Nakal ambil kesempatan
sekali lagi untuk cuba melompat keluar dari perigi. Harapan
Nakal kali ini berjaya, ia telah berjaya meninggalkan perigi
buruk dan ahli keluarganya.





Cahaya matahari memancar pokok-pokok dan bunga-bunga yang
tidak pernah dilihatnaya di dalam perigi. Nakal berasa gembira
memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Dalam keseronokkan melihat
sekeliling, tiba-tiba Nakal nampak satu cahaya yang sangat cerah di
hadapannya. Cahaya itu telah menarik perhatian Nakal tapi cahaya itu
jauh dari tempat Nakal barada. Nakal berasa pelik dan ingin melihat
cahaya yang ada di hadapannya, lalu Nakal pun mula melompat menuju
ke arah cahaya itu.
Nakal melompat tanpa henti sehingga hari siang telah bertukar
malam, cahaya di hadapan Nakal masih jauh dari pandangannya. Nakal
sekarang telah sampai di sebuah bandar yang bernama Cempedak.
Nakal sangat penat, ia tidak larat untuk meneruskan perjalanannya
lagi. Kebetulan di sebelah Nakal terdapat sepohon pokok, Nakal
melompat ke atas dahan pokok itu untuk merehatkan dirinya. Tanpa
disedari, Nakal telah lena di situ.

Dalam kelenaannya, Nakal rasa ada cahaya yang sangat
cerah di sebelahnya, Nakal membuka mata pelahan-lahan. Di
sebelahnya ada seorang pemuda sedang memegang sebatang
kayu yang megeluarkan cahaya sangat cerah, cerahnya seperti
cahaya yang dilihat siang hari tadi dan carahnya menerangi
suasana gelap di sekelilingnya.
Pemuda itu mula berkata kepadanya, “Nakal, hanya anda
saja yang mampu meyelamatkan Raja Bakti dan Puteri
Menawan di bandar Cempadak ini.” Nakal berasa pelik, ia
memandang ke arah pemuda dan balas kepadanya,” Saya
hanyalah katak biasa, saya tidak mampu meyelamatkan
sesiapapun.” Pemuda dengan yakin berkata kepadanya lagi, “
Nakal, anda mampu berbuat demikian. Anda sebenarnya telah
dikurniakan kuasa ajaib sejak anda datang ke dunia ini, cuma
anda tidak sedar wujudnya kuasa pada diri anda.”

Pemuda tadi sambung lagi sambil menghulurkan kayu
sakti kepada Nakal "Disebabkan kuasa anda, saya telah
memilih anda untuk meyelamatkan mereka. Sebenarnya
cahaya yang anda lihat tadi adalah daripada kayu sakti ini.
Tadi saya telah menggunakan kayu sakti ini untuk memanggil
anda, kayu sakti ini dapat menembusi semua benda di dunia ini
dan hanya kita berdua yang dapat melihatnya. Jika anda
berjanji meyelamatkan mereka, saya akan mengajar anda
cara-cara untuk menggunakan kuasa anda dan saya akan
menghadiahkan kayu sakti ini kepada anda. Anda boleh
menjadi manusia jika kuasa anda digabungkan dengan kuasa
kayu sakti ini. Saya berharap anda boleh meyelamatkan
mereka yang didera oleh Raja Tamin yang jahat dengan kuasa
anda miliki.” Nakal berasa seronok dengan kata pemuda yang
menyatakan ia boleh menjadi manusia lalu dia mengambil kayu
sakti dari tangan pemuda tanda bersetuju.
You've previewed 9 of 15 pages.
To read more:
Click Sign Up (Free)- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(8)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
- DOWNLOAD
- LIKE (8)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
LIKE(8)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!