



Ada seorang pemikat burung. Emir namanya. Pada suatu hari, Emir pergi ke pinggir hutan. Sesudah memasang getah pada suatu dahan, Emir pun bersembunyi dan menunggu. Kemudian itu dia tertidur. Apabila terbangun daripada tidur, Emir terkejut. Dia melihat seorang gadis rupawan sedang menanggalkan getah pemikat di kakinya.

"Nama saya Firas Ayu. Saya sesat jalan," kata gadis itu.
Emir terpikat dengan Firas Ayu .Dia membawa Firas Ayu pulang. Emir cuba menanyakan orang kampung jika mereka mengenali Firas Ayu. Setelah beberapa purnama, masih juga tiada yang mengenali Firas Ayu. Akhirnya, Emir dan Firas Ayu pun berkahwin.

Sebaik sahaja mereka mendapat anak, perangai Emir mula berubah. Dia tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia lebih senang keluar berseronok dengan teman-temannya. Firas Ayu menangis dan merajuk.


Pada suatu hari, Firas Ayu meninggalkan anaknya di sisi ibu mentuanya yang sedang tidur. Dia membaca mantera, lalu bertukar menjadi burung semula. Maka terbanglah ia dari rumah itu.



Apabila Emir pulang, dia mendapati Firas Ayu sudah tiada. Dia bertekad untuk mencari isterinya. Anaknya dikendong. Dia meredah hutan belantara.
Dalam perjalanannya itu, dia telah menolong seekor semut yang hampir lemas di permukaan sungai. Dia juga membantu seekor kelisih yang lendir tubuhnya kekeringan dan sukar bergerak menuju ke air. Dia turut membantu seekor kelip-kelip yang dihanyutkan oleh arus sungai.



Akhirnya, Emir dan anaknya tiba di sebuah negeri. Dia hairan melihat orang ramai yang sedang sibuk. Setelah bertanya kepada orang kampung dia mendapat tahu Puteri Firas Ayu akan dikahwinkan dengan tunangnya.
Emir terkejut. Dia menghadap raja negeri itu dan menyatakan tujuannya menjejaki Puteri Firas Ayu.



Raja tidak percaya dan mahu menguji Emir. Ujian pertama, Emir mesti memisahkan seguni beras yang digaul dengan seguni pasir.
"Jangan bimbang. Beri peluang saya membalas budi dengan membantumu," kata seekor semut di sisinya.

Dalam sekelip mata, beribu-ribu ekor semut muncul dan membantunya mengasingkan beras dan pasir itu.
Raja terperanjat, ujian kedua pula dilaksanakan.

Emir dikehendaki mengisi air ke dalam tempayan di halaman istana dengan raga berlubang-lubang. Sekali ini, kelisih yang pernah dibantunya pula datang menolong. Ia menutup lubang-lubang raga itu dengan lendir tubuhnya dan menyuruh Emir menjemur raga itu hingga kering. Setelah kering, barulah mudah Emir mengisi air di dalam tempayan.

Ujian terakhirnya ialah, Emir diminta datang pada tengah malam itu. Emir mesti memasuki bilik gelap yang dipenuhi oleh ramai gadis. Emir diperintahkan memilih isterinya antara mereka. Kalau berjaya, bererti benarlah Emir memang menantu raja.



Emir dibantu oleh seekor kelip-kelip yang pernah diselamatkannya . Dengan bantuan kelip-kelip itu,Kamat berjaya membawa Puteri Firas Ayu keluar dari bilik itu.
Raja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Tidak lama kemudian, Emir dilantik menggantikan raja itu. Hiduplah Emir dan anak isterinya dengan aman damai.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.39+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.39+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!