
Terima kasih kepada semua pembaca cilik yang membaca karya saya ini. Saya berharap anda semua terhibur.

Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak. Katak jantan sangat baik hati. Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain.


Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun, suaranya bukanlah merdu sangat. Katak betina menyangka suaranya sangat merdu.
"Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian kepada katak jantan.
"Sedap!" kata katak jantan.

Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak betina itu menyanyi. Namun, katak jantan terpaksa berpura-pura menjawab demikian. Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati.
"Katak-katak lain itu selalu mengejek saya. Mereka kata saya tidak pandai menyanyi. Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu.
"Jangan pedulikan mereka. Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak, tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi.
Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus bernyanyi. Mahu tidak mahu, terpaksalah katak jantan memekakkan telinganya.
Suatu hari, katak betina itu mengajak katak
jantan berpindah ke tempat lain.
"Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak
jantan berasa hairan.
"Kita sudah lama tinggal di sini. Marilah kita
memulakan penghidupan baru di tempat lain pula,"jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan mendengar ejekan katak-katak lain.
"Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak lain. "Kami akan tinggal di suatu tempat yang cantik macam
istana."
"Boo!" semua katak lain mengejek.

Suatu hari, katak jantan itu tergesa-gesa pulang. Katak jantan sangat ketakutan.
"Apakah yang sudah terjadi?" katak betina
berasa hairan.
"Di tempat ini ada banyak ular. Tadi, nyaris-nyaris saya dimakan ular. Mujurlah saya sempat melarikan diri," katak jantan memberitahu.
Pada hari berikutnya, katak jantan itu keluar
mencari makanan. Tetapi sehingga lewat petang,
katak jantan masih belum pulang. Beberapa hari
berlalu, namun katak jantan itu tidak pulang juga.
Sedihlah hati katak betina. Tahulah katak betina
bahawa katak jantan itu sudah menjadi mangsa
ular.
Katak betina berasa sangat menyesal kerana
berpindah ke tempat itu. Tetapi apa boleh buat,
hendak pulang ke hutan semula, katak betina itu
berasa sangat malu.
Selang beberapa lama kemudian, katak betina
itu melahirkan beberapa ekor anaknya. Tidak
berapa lama kemudian, besarlah semua anaknya
itu.

- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (3)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(3)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!