Buku ini dihasilkan khas kepada murid - murid yang berada dalam Program Pemulihan Khas. Buku ini dikhususkan kepada murid yang berada pada tahap Kemahiran 11, iaitu perkataaan yang melibatkan suku kata KV+KVK. Buku ini juga membantu untuk memenuhi hasrat KPM dalam menjalankan Pembelajaran Abad Ke-21. Teknik bercerita yang digunakan melalui buku ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Diharap buku ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran murid pemulihan untuk menguasai kemahiran mengeja dan membaca.



Ini Alif dan Sofia.
Alif dan Sofia amat menyukai haiwan.
Bermacam - macam jenis haiwan yang kita boleh kenali.
Jom terokai Dunia Haiwan bersama Alif dan Sofia.

gajah
Gajah suka makan rumput,
akar, buah-buahan dan kulit kayu.
Telinga gajah digunakan sebagai kipas untuk mengawal suhu badan.



merak
Merak mempunyai bulu yang cantik dan panjang.
Bulu merak digunakan
untuk melindungi diri daripada musuh.



tapir
Tapir berwarna hitam dan putih.
Tapir mempunyai hidung
yang berbentuk seperti belalai.
Tapir menggunakan hidung
untuk memetik daun.



lebah

Lebah memiliki dua perut.
Lebah mempunyai empat sayap.
Lebah menggunakan matahari
sebagai kompas untuk mencari
arah.




katak
Katak memiliki empat jari di kaki depan
dan lima jari di kaki belakang.
Katak memakan serangga dan haiwan
kecil.
Katak menggunakan lidahnya untuk
menangkap makanan.




lipas
Lipas mempunyai darah berwarna putih.
Lipas mempunyai gigi di dalam perut.
Lipas memiliki enam kaki dan 18 lutut.
Lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.





rubah
Rubah ialah haiwan yang berani
dan pintar.
Rubah mempunyai deria bau, penglihatan
dan pendengaran yang tajam.



ketam
Ketam mempunyai 10 kaki.
Ketam memakan daging dan tumbuh-tumbuhan.
Ketam berkomunikasi dengan menggunakan bunyi.




badak
Badak mempunyai tanduk.
Badak mempunyai mulut yang lebar.
Badak memakan sayur-sayuran
dan buah-buahan.




tikus
Tikus mempunyai gigi yang lebih keras daripada besi.
Tikus mempunyai deria penglihatan yang lemah dan buta warna.
Tikus memiliki deria bau, rasa dan
pendengaran yang kuat.




semut
Semut tidak mempunyai paru-paru.
Semut tidak mempunyai telinga.
Semut mempunyai kebolehan untuk
berenang.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $7.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $7.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (6)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!