


Reka Bentuk Buku Cerita Oleh: Nursarah Nadiah binti Rizam
Reka Bentuk Muka hadapan Oleh: Zubaidatul Ainun binti Hussin
Ilustrasi Oleh: Ain Balqis binti Ahmad Fauzi
Editor: Norleen binti Ngaliman



Saya akan menjadi superhero untuk selamatkan semua pokok yang
yang ada dibumi, kata Didi.


"Hari ini kita akan belajar tentang Hari Bumi. Untuk itu, saya akan menceritakan sebuah kisah pengorbanan pokok-pokok kepada bumi, manusia dan binatang. Semua murid perlu mengambil perhatian terhadap apa yang bakal saya ceritakan kerana bilangan pokok pada hari ini semakin berkurangan." kata Cikgu Irine.
Setelah tamat sahaja kisah pokok di diceritakan, Didi telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang superhero yang bertanggungjawab dalam menyelamatkan pokok-pokok di bumi.

Pulang sahaja dari sekolah.
"Apa yang kita boleh buat ya untuk mengurangkan suhu bumi dan memastikan kesejahteraan manusia dan binatang-binatang di bumi ini ?"
"Mari kita cari jawapan di internet." kata Didi.
"Daripada semua pilihan jawapan yang ditemui, langkah paling utama untuk dilakukan adalah menerusi usaha selamatkan pokok yang masih ada dan memastikan lebih banyak pokok ditanam."











"Ayah, ayah sepatutnya membaca surat khabar secara digital sahaja, kita sepatutnya kurangkan mengguna kertas untuk selamatkan pokok.
Adik juga, janganlah membazir kertas dengan bermain dan membuangnya begitu sahaja.
Ibu, tolong guna tuala dapur ibu. Jangan gunakan tisu dapur. Kita boleh selamatkan pokok kalau tidak gunakan tisu, sebab tisu dan kertas diperbuat dari pokok." Nasihat Didi kepada setiap ahli keluarganya.






Pusat Kitar Semula






Setelah pulang dari sekolah, Didi dan rakan-rakannya mengumpul buku-buku lama dan kertas-kertas yang telah dibuang di sekolah mereka.
Kemudian, Didi dan rakan-rakannya menjual kertas-kertas dan buku tersebut di Pusat Kitar Semula.






































Duit yang mereka perolehi disimpan di dalam tabung.
"Mari kita simpan duit ini. Hasil wang yang kita simpan boleh digunakan untuk membeli anak pokok. Kita boleh menanam anak pokok tersebut di sekeliling sekolah." Kata Didi kepada rakan-rakannya dengan perasaan teruja.



Keesokan harinya adalah 'Hari Selamatkan Pokok'. Didi dan rakan sekelasnya pergi ke taman untuk menanam pokok. Didi dan rakan-rakannya menanam pokok dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menyelamatkan bumi dan haiwan.

- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(14)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (14)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(14)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!