Diterbit oleh:
LOVADIES SDN.BHD
Universiti Sains Malaysia, 11800, Gelugor, Pulau Penang.
Tel: 0195527291 (Asyikin), 0194623647 (Ayuni), 01155095142 (Nazira), 0179057118 (Suci), 01140240264 (Fatiehah)
E-mail: [email protected] (Asyikin), [email protected] (Ayuni) [email protected] (Nazira) [email protected] (Fatiehah), [email protected] (Suci)

Pada suatu masa dahulu, di dasar lautan Atlantik, terdapat sebuah kerajaan bernama Kerajaan Atlayn. Di dalamnya terdiri daripada sebuah istana yang cantik dan mewah. Istana tersebut didiami oleh sekumpulan duyung.
Seekor raja duyung iaitu Raja Atlan sangat agung dan bijaksana telah memerintah istana tersebut. Raja duyung itu memiliki tujuh ekor anak duyung. Setiap hari mereka hidup dengan bahagia bersama-sama penghuni dasar laut itu.
Ketujuh-tujuh puteri duyung itu mempunyai kecantikan wajah yang jelita kerana mewarisi kecantikan bonda mereka, Sang Pemaisuri Ariana. Kecantikan mereka menjadi sebutan para penghuni Atlantik. Namun begitu, kecantikan mereka tidak dapat menandingi kejelitaan puteri duyung yang sulung. Puteri sulung bernama Aurora manakala adik-adiknya bernama Airis, Aylan. Arian. Anna, Arnania dan Amanda. Aurora merupakan seekor duyung yang sangat baik hati serta terlalu menyayangi adik-adiknya.
Kecantikan Puteri Aurora menjadi buah mulut para penghuni Atlayn. Dia mempunyai sepasang mata yang sangat menawan dan memiliki ekor yang begitu cantik. Ke mana sahaja dia pergi, pasti akan menjadi tumpuan. Rambutnya yang lurus menjadi idaman setiap duyung perempuan yang lain.
Walaupun begitu, kesemua adiknya sangat mencemburui kecantikan kakak sulung mereka itu. Mereka telah berpakat untuk menyingkirkan kakak mereka daripada istana tersebut.
"Saya tidak suka mendengar pujian yang diberi kepadanya," kata adiknya yang kedua.
Semua adiknya menyetujui kata-kata kakak kedua mereka. Bermulalah rancangan pertama mereka.

Ketika makan malam bersama seisi istana, adik bongsu mereka telah meminta diri terlebih dahulu dengan alasan berasa tidak sihat. Namun, adik bongsu tersebut telah menuju ke kamar bondanya dan mengambil seutas kalung cengkerang kesayangan bondanya. Kalung tersebut telah diletakkan di bawah bantal kakak sulung mereka.
" Semoga kau tidak akan terselamat," Bisik si bongsu bersama senyuman sinisnya.
Sedang mereka bersantai-santai menikmati keindahan laut pada waktu malam, mereka dikejutkan dengan jeritan bonda mereka. Seisi istana bergegas mendapatkan permaisuri. Dengan wajah yang cemas, permaisuri bertanya.
" Siapakah yang telah mengambil kalung cengkerangku?" Semua duyung menggelengkan kepala mereka. Tiba- tiba si duyung bongsu bersuara.
"Bonda, sebentar tadi, saya melihat kakak sulung telah mendekati kamar bonda, pasti dia yang telah mencurinya,". Semua mata tertumpu ke arah puteri Aurora dengan riak tidak percaya.
"Betulkah apa yang dikatakan oleh Si Bongsu tadi Aurora," Tanya Raja Atlan kepada duyung sulung.
Dengan riak yang yakin Puteri Aurora bersuara mempertahankan dirinya. "Tidak ayahanda, apakah bukti saya yang mengambilnya,?
"Bukti? Selongkar sahaja kamarnya sekarang bonda," gesa adik-adiknya yang lain.
Setibanya di kamar Puteri Aurora, adik-adiknya bergegas menyelongkar keseluruh isi kamarnya.
Namun begitu, mereka tidak menjumpai kalung tersebut. Kesemua adiknya berpandangan sesama sendiri kerana berasa aneh apabila kalung tersebut tiada di situ.
Permaisuri berasa sangat murka terhadap tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti itu.
Terdengar ketukan di pintu bilik Puteri Aurora.
Semua mata teralih ke arah tersebut dan keenam-enam puteri duyung yang jahat itu terkejut melihat kalung tersebut berada di tangan dayang istana. Rupa-rupanya, dayang tersebut mengetahui niat jahat mereka berenam lalu segera bertindak mengagalkannya dengan berkata:
"Ampunkan patik, tuanku, patik telah menjumpai kalung ini semasa mengemas kamar tuanku,"kata dayang istana tersebut.
Permaisuri Ariana bergegas mendapatkan kalung tersebut daripada pegangan dayang.
"Terima kasih dayang kerana menjumpai kalung kesayangan beta ini, dan kamu semua harus memohon maaf daripada kakak sulung kamu kerana telah menuduhnya tanpa bukti," tegas Permaisuri Ariana.
Dengan wajah yang tidak berpuas hati, kesemua enam ekor duyung itu memohon maaf terhadap Puteri Aurora. "Maafkan kami kakanda," kata mereka serentak.
Dengan wajah tenang, duyung sulung memaafkan adik-adiknya.
Hari demi hari berlalu dengan tenang dan damai. Tibalah suatu hari, Puteri Airis menghampiri kakak sulungnya sambil membawa sebiji kek.
Kek tersebut sebenarnya telah dibuat dengan ramuan beracun yang diajar oleh ahli sihir laut iaitu Quellaritta. Dia terkenal dengan kuasa kegelapan dan suka membunuh demi meningkatkan kuasanya. Puteri Airis telah berjumpa dengan Quellaritta dengan rancangan untuk membunuh kakanda sulungnya.
Puteri Aurora berasa sangat gembira kerana mendapat kek tersebut. Sambil tersenyum manis, dia berkata, "Terima kasih adindaku untuk keknya,"
"Saya minta diri dulu kakanda," kata Puteri Airis dengan sinisnya.
Sedang Puteri Aurora ingin menyuap kek tersebut, tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggil namanya. Kek tersebut diletakkan kembali di atas meja ruang makan lalu bergegas mendapatkan suara tersebut.
Ketika Permaisuri Ariana sedang berjalan menuju ke kamarnya yang memaksa baginda melalui ruang makan tersebut lalu baginda terlihat kek tersebut.
"Kelihatan sungguh enak kek tersebut, terasa lapar pula perut beta," kata baginda sambil memegang perutnya.
Dengan perlahan-lahan baginda mengambil sesudu kek tersebut lalu disuapkan ke mulutnya.
Beberapa minit selepas itu, baginda berasa sukar untuk bernafas lalu rebah ke lantai. Kebetulan pada ketika itu, Puteri Aurora telah kembali dan dia terkejut melihat bondanya yang tidak sedarkan diri.
"Tolong! tolong!, teriak Puteri Aurora meminta tolong sambil menangis.
Teriakannya mengejutkan seluruh istana.

- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Mengisahkan tentang seekor duyung sulung yang cantik rupawan dan mempunyai hati yang baik. Namun adik-beradiknya yang lain cemburu akan kecantikkannya dan telah melakukan banyak cubaan untuk mengusir dyung sulung daripada istana. Akhirnya duyung sulung berjaya diusir daripada istana dan semenjak itu ayahanda mereka telah jatuh sakit serta keamanan negara tergugat.

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(8)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (8)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(8)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!