Dedikasi kepada ayah bonda, pensyarah,dan rakan seperjuangan dengan ucapan terima kasih kepada semua yang terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan karenah kami dalam usaha menyiapkan buku cerita ini.

Sang Gajah merupakan haiwan yang paling besar di rimba. Sang Gajah ditakuti oleh banyak haiwan. Apabila gajah melalui hutan tersebut, maka semua haiwan akan tunduk kerana takut dan hormat akan gajah tersebut. Semua haiwan akan menurut apa sahaja perintah yang dikeluarkan oleh Sang Gajah.

Wahai, semut ! Kecil dan lemahnya kamu. Lihatlah aku yang besar dan gagah.

Ya, Sang Gajah. Aku kagum dengan kegagahanmu itu. Errr.
Sang Singa sebagai raja rimba juga tidak berani untuk mendekati Sang Gajah terutamanya ketika Sang Gajah sedang mengamuk. Sang Gajah sering bangga akan belalainya yang digunakan dalam banyak perkara seperti bernafas, minum air dan mengambil benda.


Wahai Singa, walaupun kamu raja rimba, kamu pasti cemburu dan kagum melihat belalaiku yang panjang.
Ya, gajah. Gunakan belalaimu pada perkara yang bermanfaat
Pada suatu hari, Sang Gajah telah mengeluarkan suara yang amat kuat untuk memanggil semua haiwan untuk bermesyuarat. Semua haiwan termasuk Sang Singa turut bergegas ke tempat berkenaan untuk mengelakkan sebarang musibah yang akan berlaku.





Sang Gajah dengan perasaan sombong telah menyatakan bahawa dirinya akan membelasah sesiapa sahaja yang berani untuk menentangnya. Sang Gajah juga menceritakan pada zaman dahulu, dirinya pernah diminta oleh manusia untuk berkhidmat sebagai gajah perang dan selalu mencapai kemenangan melawan musuh. Hal ini telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan haiwan tersebut.





Sang Singa yang berperanan sebagai raja rimba telah menasihatkan Sang Gajah supaya tidak sombong dengan kelebihan fizikalnya. Sang Singa juga menyatakan bahawa setiap haiwan tetap mempunyai kelemahan masing-masing dan perlu sentiasa menghormati haiwan lain walaupun bertubuh kecil.
Wahai Sang Gajah, kamu tidak boleh sombong dengan kekuatanmu. Kau fikir, kau siapa?


Namun begitu, Sang Gajah langsung tidak mengendahkan nasihat dari Sang Singa. Malah, Sang Gajah memberikan amaran bahawa dirinya boleh membelasah sesiapa sahaja termasuk Sang Singa sendiri. Sang Singa hanya mampu menggelengkan kepala kerana berasa kesal dengan kesombongan Sang Gajah.
Aku boleh mengalahkan sesiapa sahaja di rimba ini termasuk engkau sendiri, Singa.


Pada suatu hari, semut telah bertengkar dengan tupai. Hal ini kerana semut telah memakan makanan di tengah jalan sehingga habis. Tupai berasa amat marah akan tindakan semut tersebut. Namun begitu, semut menegaskan bahawa dirinya memakan makanan yang ditinggalkan di tengah jalan dan bukan kepunyaan sesiapa. Tupai tidak menghiraukan alasan semut lalu memikirkan cara untuk membalas dendam kepada semut tanpa menggunakan tangannya sendiri.
Mengapa engaku makan makananku wahai semut?
Makanan ini bukan milik sesiapa wahai tupai.


- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors


- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(5)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (5)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(5)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!