cerita ini saya dedikasikan kepada orang yang saya cintai , iaitu anak didik saya, kawan-kawan saya, sahabat handai saya ibu bapa saya dan pensyarah yang saya kasihi.



















Pada zaman dahulu, ada sebuah kolam kecil di pinggir hutan. Kolam ini sangat tersembunyi kerana ia dikelilingi oleh rumput yang tebal. Di kolam ini terdapat sebuah kerajaan katak yang dihuni oleh ratusan ekor katak.








Kolam ini merupakan tempat bagi sang Raja katak membesarkan tiga ekor puteranya. Ketiga-tiga putera katak ini tidak pernah keluar dari kolam ini.



Pada setiap tahun, terdapat pertandingan gusti untuk menentukan putera yang paling kuat. Pertandingan ini selalu dimenangi oleh putera katak pertama. Kemenangan ini menyebabkan putera kata ini menjadi sombong.



Selepas memenangi pertandingan gusti, putera katak itu menjadi semakin angkuh dan sombong. Putera katak ini selalu mencabar dan menunjukkan kekuatannya kepada sesiapa pun yang dia temui.
"Akulah putera katak yang palig hebat di dunia ini. Hahaha"












Pada suatu hari, putera katak ini bersiar-siar di pinggir kolam, dia melihat sekumpulan burung berterbangan.
"Wow, makhluk apakah itu ? Bagaimana dia boleh terbang ? Ah, jika aku boleh menungangg dan menjadikannya hambaku, pasti semua makhluk menghormatiku ! Hahahaha"











Putera katak cuba mengejar burung itu. Dia terpaksa keluar dari kawasan kolam dan terpaksa menembusi lalang tetapi dia tidak pernah melihat kawasan lalang tersebut. Dia merasakan dirinya hebat lalu membuatnya pergi.






Katak itu meneruskan perjalanan dan terjumpa seekor lalat yang berada atas daun. Putera katak bertanyakan soalan kepada lalat bagaimanakah cara hendak keluar dari lalang tersebut.
"Wahai lalat yang hodoh, bagaimana cara hendak keluar dari lalang ini ?
"Wahai si Katak yang angkuh, jikalau kau bijak, kau pasti tahu cara hendak keluar dari lalang ini !"



Putera katak meneruskan perjalanannya untuk keluar dari lalang tersebut. Semasa dalam perjalanan, putera katak terfikir apakah yang dimaksudkan oleh si lalat sebentar tadi.






Semasa meneruskan perjalanan, putera katak tersebut terjumpa belalang yang berada atas batu. Katak turut bertanyakan soalan kepada belalang tetapi katak itu masih lagi dengan sikap angkuhnya yang sentiasa merendahkan haiwan sekeliling.
"Wahai si belalang yang lemah, bagaimanakah cara hendak keluar dari lalang yang tidak berguna ini ?"
"Huh, kalau kau hebat sangat, kau pasti tahu cara hendak keluar dari lalang ini !"




Selepas mendengar jawapan dari belalang, putera katak meneruskan perjalannya untuk keluar daripada lalang.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(19)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.59+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.59+) - DOWNLOAD
- LIKE (19)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(19)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!