
Pada zaman dahulukala di negeri Sarawak, tinggallah dua orang puteri Raja Kayangan. Seorang bernama Puteri Santubong. Sesiapa yang melihatnya akan terpaku kerana rupanya yang cantik laksana bulan purnama. Seorang lagi bernama Puteri Sejinjang, rupanya tiada tara dan cantik seperti bunga yang merah dan mekar.




Mereka berdua bersinar laksana kejora dan suara mereka pula merdu seperti buluh perindu. Tuan puteri berdua ini sangat bermuafakat dan mereka sering sekali ketawa dan bergurau senda. Hubungan mereka sangat baik dan rapat seperti isi dan kuku.
Setiap hari, tuan puteri berdua menghabiskan masa dengan bermain. Jika ada apa-apa pekerjaan, mereka akan mengerjakan pekerjaan itu bersama-sama. Mereka sepakat, sekata dan mesra.




Puteri Santubong amat mahir menenun kain. Tenunan tuan puteri sangat indah dan tiada tolok bandingnya di dalam negeri. Kain buatan tuan puteri sangat kemas dan cantik seperti rupanya juga. Puteri Sejinjang pula menumbuk padi. Begitulah pekerjaan tuan puteri berdua setiap hari.


*

*



Pada suatu hari, tuan puteri tekun bekerja menenun dan menumbuk padi di laman. Mereka berdua pun bergurau senda sambil bekerja. Puteri Santubong pun mula mengelamun sambil menenun kain. Maka, tuan puteri pun memuji-muji dirinya sebagai gadis yang cantik dan bakal dilamar raja besar.
*
*




Belum puas memuji diri, Puteri Santubong berangan pula untuk tinggal di istana besar dan dilayan oleh dayang-dayang istana. Puteri Santubong tidak jemu-jemu meninggi dirinya di hadapan Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang berasa muak mendengar kata-kata Puteri Santubong.
*


Maka Puteri Sejinjang pun tidak mahu kalah dan kurang daripada Puteri Santubong. Puteri Sejinjang pun memuji pula dirinya dan pekerjaannya. Lehernya jinjang, jarinya runcing dan panjang, betisnya pula bunting padi dan mulus. Kelak, raja besar akan datang melamarnya kerana bijak bekerja dan berwajah indah seperti rupawan.


*

Kain tidak lagi ditenun dan padi pula tidak lagi ditumbuk kerana mereka berdua sibuk bertikam lidah. Puteri Santubong juga tidak mahu kalah. Puteri Sejinjang pula tidak mahu berganjak. Mereka saling bertingkah dan tidak mahu mendiamkan diri. Setelah puas dengan bercakap-cakap, mereka meninggikan suara pula.


!
!
Puteri Santubong mencela pekerjaan Puteri Sejinjang yang kasar itu. Puteri Sejinjang tidak lagi dapat menahan kemarahannya lagi. Puteri Sejinjang mengayun antan di tangannya ke arah Puteri Santubong. Antan itu terkena kepala Puteri Santubong sehingga terluka. Puteri Santubong meraung kesakitan.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (6)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(6)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!