Buku ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada mereka yang berada di barisan hadapan. Ikhlas dari kami pelajar kolej Segi Subang Jaya.

1, 2, 3, 4, 5,
Manis buah bagai delima,
Terima kasih barisan hadapan semua,
Agar sihat sentiasa ada nya.

Ms Siti Nurzubaidah MF
Tiga segi roti di makan,
Jam berbentuk bulat sentiasa di tangan,
Duduk rumah jangan berjalan,
Kasihani mereka yang di barisan hadapan.
Ms Siti Nurzubaidah MF


Basuh tangan dengan sabun,
Jangan pegang mata, mulut dan hidung,
Elakkan dari berhimpun,
Maka virus tidak terus berhubung.
Ms Siti Nurzubaidah MF

Tujuh tiga dua lima,
Nombor di beri ada makna,
Nasihat KKM patuhi bersama,
Covid19 di atasi jua.
Syerin, Najiatul, Alin
Angka kematian akibat covid kian meningkat,
Pelbagai usaha telah pun dibuat,
Masyarakat pula buang tebiat,
Kerana merekalah dunia semakin penat.
#stayathome #covid19 #kitajagakita
-saf, tipah, milla-
Bunga melur harum semerbak,
Dihadiahkan pada ibu sejambak,
Jika tidak mahu covid terus merebak,
Hentikan tabiat pergi melepak.
Alisa,Aini,Nabilah,Fatiha

2, 3 buah peria,
buat baik berpada-pada,
Mask dan hand sanitizer jangan di lupa,
Demi menjaga kita sekeluarga.
Iza, Mira, Aini
Dua tiga si anak kembar,
Beli tomato di pasar raya,
Wabak corona sedang menular,
Moga selamat dari bencana.
AISYAH RADZUAN

Budak-budak main tin,
Main tin dalam khemah,
Covid-19 kena kuarantin,
Duduk diam dalam rumah.
AZIRAH HASHIM

1, 2, 3 bola disepak,
Bola disepak ke dalam belukar,
Jika tidak mahu covid merebak,
Kuarantin diri jangan keluar.
NAZIHAH
Dua tiga kucing berlari,
Duduk di rumah berhari-hari,
Jika rasa tak tahan lagi,
Keluar rumah lihat mentari.
Ieka, Syima, Jen
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Wira dan wirawati negara,
Dikaulah adiwira bangsa yang berwajah insaniah,
Perjuanganmu demi mempertahankan negara,
Semoga kesihatan dan keselamatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa.
#kitajagakita #dudukRumah
Tipah, Saf, Milla

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (2)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(2)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!