Buku ini ditujukan kepada semua pelajar-pelajar saya. Cikgu berharap, kamu semua akan mendapat pengajaran daripada cerita ini.


Jenny ialah seorang budak perempuan yang berumur lima belas tahun. Dia tinggal bersama dengan ibu, bapa, abang dan adik perempuannya di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang. Hobi Jenny ialah memasak dan menari. Jenny juga seorang pelajar yang bijak di sekolah.
Jenny seorang yang sangat comel, ringan tulang, baik hati dan peramah. Dia anak ke dua dalam keluarganya.
Dia mempunyai rambut yang panjang dan beralun. Matanya bulat dan besar. Dia berbadan kecil. Hidungnya mancung dan kulitnya lembut.


Ibu Jenny, Puan Lisa ialah seorang suri rumah. Dia berumur empat puluh lapan tahun. Dia seorang yang penyayang, rajin memasak dan penyabar. Setiap hari, ibu Jenny akan memasak makanan yang sedap untuk mereka sekeluarga. Masakan ibu yang menjadi kegemaran Jenny ialah nasi lemak dan laksa. Ibu Jenny juga suka berkebun dan menyanyi. Setiap hujung minggu, Puan Lisa akan berkaraoke di rumah dengan anak-anaknya selama satu jam untuk menghiburkan hati.



Bapa Jenny, Encik Albert ialah seorang arkitek. Dia berumur lima puluh tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Encik Albert ialah seorang yang tegas tetapi tidak sombong . Encik Albert suka bermain tenis pada masa lapang. Kadang-kala dia juga suka berbasikal dengan Jenny dan abang Jenny, Tom. Mereka suka menunggang basikal di taman bunga yang berdekatan.


Hai! Saya Tom. Saya ialah abang Jenny. Saya anak sulung dalam keluarga. Hobi saya ialah bermain bola sepak, bersenam dan berbasikal dengan bapa saya dan Jenny. Saya juga suka menonton rancangan sukan, terutamanya sukan bola sepak. Saya meminati pasukan Liverpool dalam liga perdana Inggeris.Saya seorang yang aktif dan tidak mementingkan diri sendiri. Kadang-kala saya boleh menjadi seorang yang panas baran.

Ini adik perempuan Jenny. Nama dia ialah Fifi. Dia anak bongsu dalam keluarga Encik Albert. Dia sangat comel dan lucu. Dia berumur enam bulan. Dia sudah mempunyai dua batang gigi :). Fifi gemar bermain dengan permainan dan minum susu.

Jenny mempunyai seekor haiwan peliharaan, iaitu seekor anjing yang comel. Anjing Jenny bernama Paris. Jenny selalu membawa Paris bermain di taman berdekatan dengan rumahnya. Mereka akan bermain bola atau bersiar-siar di taman tersebut.


Pada suatu hari, ibu Jenny jatuh sakit. Dia demam panas. Dia tidak dapat memasak untuk keluarganya. Dia juga tidak dapat menyiram pokok-pokok bunga dan menjaga adik Jenny.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
TAMAT

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(41)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (41)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(41)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!