
Pada suatu masa dahulu , terdapat sebuah kawasan yang sangat indah. Pemandangan di kawasan tersebut sangat menenangkan kerana terdapat banyak pepohon hijau dan gunung-ganang yang berdiri megah.
Kawasan tersebut dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang berbuah lebat. Udaranya juga sangat segar. Disitulah tinggalnya beberapa hidupan seperti rusa, kerbau, arnab, dan lain-lain.


















Malang sekali, apabila tiba musim kemarau, keindahan kawasan tersebut semakin hari menjadi semakin hilang. Kolam menjadi tandus, tanah merekah-rekah, dan tumbuhan hijau mati kekeringan.
Kesannya, hidupan di kawasan tersebut kekurangan makanan kerana pohon-pohon tidak lagi berbuah. Rumput-rumput yang menjadi santapan Cik Baubau dan Cik Nab juga tidak lagi tumbuh.









Kemudian Cik Rus memberi pandangan, "Marilah kawan-kawan, kita pindah dan cari kawasan lain yang lebih subur". Haiwan-haiwan lain menangguk tanda bersetuju. "Mari!", berkata Cik Nab kegirangan.
Mereka sama-sama berjalan mencari kawasan yang lebih subur untuk mendapatkan sumber makanan.






Selepas beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba Cik Rus ternampak ada sebuah kawasan hutan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang berbuah lebat. Sayangnya, terdapat sebatang sungai yang agak dalam dan deras. Cik Rus lantas berfikir, "Dapatkah aku menyeberangi sungai yang dalam dan deras ini?".
"Wah, banyak sungguh makanan diseberang sana, marilah kita menyeberangi sungai ini wahai Cik Rus", berkata Cik Baubau.








"Badanku ringan, jika aku menyeberangi sungai ini, pasti aku terbawa arus. Kita harus mencari cara untuk menyeberangi sungai ini", balas Cik Rus. Cik Baubau terus menjawab, "Badanku berat, pasti tidak terbawa arus. Aku sudah terlalu lapar, aku mahu kesana sekarang juga!".
"Sabarlah Cik Baubau.. Kita ha..", belum sempat Cik Rus menghabiskan ayatnya, Cik Baubau terus terjun ke dalam sungai tersebut. Dia berjalan selangkah demi selangkah.






Dengan tidak disangka-sangka, "Ngap!" Seekor buaya telah menggigit kaki Cik Baubau yang sedang menyeberangi sungai. "Aduh kakiku..", mengerang Cik Baubau kesakitan. Cik Rus lantas terkejut namun tidak dapat berbuat apa kerana sungai itu terlalu dalam. Cik Baubau akhirnya mati dimakan oleh Cik Boye.
Cik Boye berkata kepada Cik Rus, "Pada awalnya aku menyasarkan kau sebagai santapanku, tetapi nampaknya Cik Baubaulah yang menjadi rezekiku pada hari ini, hahaha!".





"Kasihan Cik Baubau", keluh Cik Rus kesal. Cik Rus kemudian berlalu pergi dari kawasan tersebut menuju ke hilir sungai.
"Wah, sungai disini lebih cetek daripada tempat tadi. Tapi.. arusnya masih deras", berkata Cik Rus setibanya di hilir sungai.
"Marilah kita menyeberangi sungai ini wahai Cik Rus, aku sudah terliur melihat tumbuhan subur di seberang sana", ujar Cik Nab.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!