Buku ini ditujukan khas kepada semua kanak-kanak di seluruh Malaysia sebagai salah satu usaha daripada penulis untuk membantu kerajaan memupuk semangat membaca dalam diri kanak-kanak dan memperbanyakkan lagi koleksi cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Penulis berharap semoga cerita pendek ini dapat memberi sedikit manfaat kepada setiap pembaca serta dapat memotivasikan anak-anak untuk mencapai impian dan cita-cita mereka pada masa akan datang. Selamat Membaca.





Didi seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain sukan badminton di sekolahnya seperti ibu dan ayah. Pada suatu malam, Didi memberitahu dan bertanya kepada ibu dan ayahnya, "Ibu, ayah, besar nanti Didi nak jadi pemain badminton. Susah tak nak jadi pemain yang berjaya?". Jawab si ibu kepada anak kecilnya, "Comelnya anak ibu ni, tak susah sayang kalau kamu sentiasa bersemangat dan berusaha".

Setelah mendengar jawapan si ibu sebentar tadi, Didi berasa sangat gembira dan teruja untuk bermain dengan bersungguh-sungguh. Sebelum tidur, Didi berdoa agar cita-citanya akan tercapai, "Ya Tuhanku, jadikan aku seorang anak yang dapat membanggakan kedua ibu bapaku, amin". Akhirnya Didi tidur dengan hati yang gembira dan berharap suatu hari nanti dia dapat mewakili pertandingan sukan badminton di sekolahnya.






Keesokan harinya, Didi bangun dengan ceria dan bersemangat. Berkata Didi kepada si ayah, "Ayah, ayah, boleh tak pagi ni ayah ajarkan Didi cara-cara untuk bermain badminton?". Balas si ayah sambil tersenyum melihat gelagat anaknya, "Awalnya anak ayah bangun. Untuk anak ayah, apa pun boleh nak, jom kita main sampai pandai ye sayang!". Lalu, Didi dan ayahnya bermain dengan penuh gelak ketawa dan gembira.




Setelah beberapa minggu kemudian, cikgu sukan di sekolah Didi memberitahu anak muridnya bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu pemilihan untuk mencari pemain sukan badminton yang akan mewakili sekolah pada bulan hadapan. "Wah, seronoknya! Didi perlu buktikan bahawa Didi dapat jadi salah satu daripada pemain badminton sekolah!" Ujar Didi dengan hati yang gembira.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(35)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (35)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(35)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!