Buku ini ditujukan untuk murid-murid tahap 1 sekolah rendah.
Selamat membaca!






"Hai rakan-rakan! Hari ini Sally membuat kek cawan. Sally mahu menghantar kek cawan istimewa ini buat nenek. Jadi, ayuh sama-sama dengarlah cerita Sally"













Kemudian, bermulalah perjalanan Sally untuk menghantar kek cawan istimewa itu ke rumah neneknya!
Rumah nenek Sally terletak di hujung kampung.






"Woof woof"



Dalam perjalanan, Sally terserempak dengan seekor anjing di padang.
"Hai anjing. Apa yang kamu buat di sini?"
"Woof woof"
Anjing tersebut berbunyi perlahan.





"Kamu kelihatan sangat lemah sekali!"
"Nah! Sally akan berikan satu kek cawan istimewa untuk kamu. Makanlah wahai anjing."
"Woof Woof"
"Woof Woof"
Anjing tersebut terus berbunyi riang!


















Kemudian, Sally meneruskan perjalanan. Namun, Sally berhenti seketika apabila melihat bunga-bunga pelbagai warna menghiasi jalan.
















"Ha! Nenek suka akan bunga berwarna merah.
"Sally mahu hadiahkan beberapa kuntum bunga berwarna merah untuk nenek."

















Selepas itu, Sally berjumpa pula dengan seekor burung.
Burung tersebut sedang bertenggek di atas sebatang kayu.
"Chirp Chirp"



Lalu, Sally memberikan satu lagi kek cawan istimewanya itu kepada burung kecil.









Kemudian, burung itu terbang tinggi setelah kenyang memakan kek cawan istimewa yang diberikan oleh Sally.
"Chirp Chirp"




Setelah itu, Sally berjumpa pula dengan Tuan Ahmad.









"Apa yang telah berlaku, Tuan Ahmad? tanya Sally.
"Tayar kereta saya telah kempis. Saya lupa hendak mengisi anginnya. Sekarang saya sedang menanti kedatangan mekanik kereta." balas Tuan Ahmad.

















Sally meneruskan perjalananya. Kelihatan pula hari semakin mendung. Keadaan ini menunjukkan bahawa hujan akan turun.
















"Nampaknya, Sally perlu sampai dengan segera ke rumah nenek sebelum hujan turun." kata Sally.



















Tidak lama kemudian, dari jauh kelihatan sebuah rumah di hujung bukit.
Sally tahu bahawa rumah itu adalah rumah nenek kesayangannya!






Sally terus berjalan dengan laju untuk bertemu dengan neneknya itu.






- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(9)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (9)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(9)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!