
Tajuk 9: Identiti Negara Kita
Standard Kandungan: 9.2 Bendera Kebangsaan
Standard Pembelajaran:
9.2.3 Menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan
K 9.2.7 Menjelaskan kepentingan menghormati bendera kebangsaan
Tanda kesetiaan kepada raja dan negara
Tempat: Di dalam bilik darjah
Watak: Ali, Abu, Siti, Farah.
Ali: Assalamualaikum. Abu sedang buat apa?
Abu: Waalaikumussalam, Abu. Saya sedang membaca akhbar.
Siti: Apa tajuk berita hari ini?
Abu: Tajuk berita hari ini ialah rakyat mestilah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Farah: Tajuk yang menarik tu Abu. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menunjukkan taat setia kepada raja dan negara.
Siti: Bagaimana kita ingin menunjukkan taat setia kepada raja dan negara?
Abu: Caranya kita mestilah menghormati raja. Pada hari ini, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah melukis gambar YDPA dengan meletakkan emoji yang tidak sepatutnya. Selain itu, terdapat segelintir individu yang mahu menghapuskan institusi beraja. Oleh itu, perkara ini wajarlah dielakkan.
Ali: Betul tu Abu. Negara kita sangat unik kerana mempunyai raja dan raja merupakan lambang perpaduan di negara kita. Segala cadangan yang dilakukan oleh perdana menteri mestilah mendapat persetujuan daripada YDPA terlebih dahulu.
Farah: Betul tu. Cuba lihat bendera ini. Warna bendera ini ialah warna kuning. Kuning bermaksud kesetiaan rakyat kepada raja dan negara.
Siti: Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menunjukkan taat setia kepada raja dan negara.
Membentuk perpaduan
Tempat: Di tapak perkhemahan
Watak: Ahmad, Li Wei.
Li Wei: Boleh tak awak tolong saya mengangkat beg-beg ini ke tapak perkhemahan?
Ahmad: Boleh. Besarnya beg ini.
Li Wei: Ya, Ahmad.
Ahmad: Apa yang ada di dalam beg ini?
Li Wei: Dalam beg ini, terdapat khemah. Terima kasih, Ahmad kerana sudi menolong saya.
Ahmad: Sama-sama.
Berani mempertahankan negara
Tempat: Di padang
Watak: Ali, Abu dan Ahmad
Ali: Penatnya berkawad.
Abu: Ya, Ali. Memang penat.
Ahmad: Kita penat berkawad tapi tentera lagi penat. Hari-hari mereka berkawad.
Ali: Betul tu, Ahmad. Mereka melakukan pelbagai latihan untuk menjadi seorang tentera.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.39+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.39+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
"BENDERA KEBANGSAAN"
Identiti Negara Kita
Standard Kandungan:
9.2 Bendera Kebangsaan
Standard Pembelajaran:
9.2.3 Menyatakan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan
K 9.2.7 Menjelaskan kepentingan menghormati bendera kebangsaan

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!