Kami daripada Kumpulan Galfriends ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih serta memberikan Segulung Penghargaan kepada Dr Renuka dan Miss Saras kerana telah memberikan peluang kepada kami mencipta pengalaman baru dalam membina Book Jumper ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan - rakan yang telah membantu memberikan idea - idea bernas dalam menyempurkan tugasan ini. Akhir kata daripada kami semoga cerita mampi memberikan manfaat kepada kanak - kanak yang membacanya.


Hai, Kawan-kawan. Saya Sofea, hari ini Sofea ingin menceritakan pengalaman Sofea semasa bercuti di sebuah pantai yang cantik.
Pada hujung minggu yang lalu, Sofea dan keluarga memulakan perjalanan mereka ke Pulau Kapas.
Sofea dan adiknya iaitu Saiful berasa sangat teruja untuk bermain di pantai
Semasa dalam perjalanan,Sofea bertanyakan kepada ibunya akan nama pantai dan juga keindahan yang ada di pantai tersebut.
"ibu apakah nama pantai yang kita mahu pergi?" tanya Sofea kepada ibunya.
"kita akan pergi ke Pulau Kapas". jawab ibu
"Oh. Ayah apa yang menarik di pantai itu?" tanya Saiful pula.
" Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh kita lakukan. Saiful dan Sofea boleh membina istana pasir yang cantik, melihat kehidupan dasar laut dan kita juga boleh lihat penyu disana" jawab ayahnya.
Setibanya mereka di kawasan pantai, Sofea dan Saiful sangat terpegun dengan keindahan pantai itu. Mereka berdua berasa tidak sabar untuk bermain di sana.
"Wah! cantiknya pantai ini." kata Sofea dengan nada dan riak muka yang sangat teruja.
Sofea dan Saiful berasa sangat teruja.
Mereka membawa semua keperluan mereka di tepi pantai, Setelah itu mereka mula membina istana pasir bersama-sama.
Ketika Sofea dan Saiful sedang leka membina istana pasir,
Tiba-tiba, Sofea terdengar suatu suara yang pelik di pinggiran pantai.
ia berbunyi "uarkkk...uarkkk.. uarkk"
Sofea berasa sangat takut ketika itu.
Sofea terus memanggil ibu dan ayahnya.
"Ibu! Ayah!" jerit Sofea dalam ketakutan.
Ibu dan ayahnya segera berlari ke arah Sofea dan adiknya.
Sofea memberi tahu bahawa dia terdengar bunyi yang pelik di pinggir pantai. Lalu, mereka pun pergi ke arah bunyi tersebut.
Tiba di tempat tersebut, Sofea dan keluarganya sangat terkejut melihat keadaan seekor penyu yang sangat lemah dan di penuhi dengan sampah di sekelilingnya.
Sofea dan keluarganynya terus membersihkan penyu tersebut dan segera melepaskan penyu itu ke laut semula.
Mereka sekeluarga sangat sedih dengan nasib yang menimpa penyu tersebut di sebabkan oleh sikap manusia yang tidak menjaga kebersihan pantai sehinggakan menyeksa kehidupan laut.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(57)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (57)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(57)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!