
Pada setiap pagi, Bambi akan menolong Pak Mail memetik buah kelapa untuk di jual di pasar tani. Hasil jualan buah kelapa tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
Pak Mail: Petik yang muda tu Bambii (laung Pak Mail dari bawah pokok)
Bambi : Uk uk ak ak
Pak Mail : Haa yang hijau-hijau tu Bambi! (jerit Pak Mail)



BABAK 1
Bambi mencampakkan lagi beberapa biji buah kelapa muda dari atas pokok. Kebanyakkan buah kelapa yang dipetik adalah kelapa tua. Pak Mail sedikit hampa kerana hasil hari ini tidak banyak seperti kelmarin.
Pak Mail : Dah la tu Bambi, tinggal buah kelapa tua je tu. (laung Pak Mail)
Bambi : Uk uk ak ak
Pak Mail : Sudah, mari sini turun makan.
Bambi : Uk uk ak ak






Pak Mail :Nah Bambi, makan lah roti ni. Kasihan kau, mesti penat kan seharian panjat pokok kelapa.
Bambi :Uk uk uk ak ak ak (Bambi melompat kegembiraan)
Pak Mail :Maaf Bambi, hari ni aku tak dapat nak bagi kau makan pisang.(sedih). Nanti kalau ada duit, aku janji aku akan belikan pisang yang paling mahal untuk kau. (tersenyum)








Pada suatu hari, Pak Mail mengikat Bambi di sebatang pokok kelapa. Tiba-tiba, muncul seekor musang liar yang baru sahaja melarikan diri daripada sarkas datang menyapa Bambi…
Si Musang : Kasihan kau kena dera dengan tuan kau. (simpati)
Bambi : Eh, bila masa pula aku kena dera? (pelik)
Si Musang : Tuu, tali di kaki kau tuuu. Mesti kau rasa tak bebas kan.
Bambi : Ouhhhhh. Tuan aku ikat aku bila dia nak ke pekan je.
Si Musang : Ye kee? Kau tak rasa sakit ke bila kena ikat?
Bambi :Tak lah, tuan aku ikat bukan ketat pon. Lagipun, aku ni haiwan kesayangan dia. Kenapa pula dia nak sakitkan aku?
Si Musang: Haiwan kesayangan? Kau kan monyet? Manusia sayang kau?
Bambi : Hey, mestilah tuan aku sayang aku. Tuan aku selalu bagi makanan, membelai aku dan tak pernah memarahi aku. (bangga)
BABAK 2




Musang mula berasa iri hati terhadap Bambi. Dia masih trauma dengan penderaan yang dilalui olehnya ketika di sarkas. Musang mula mencari helah untuk memperdayakan Bambi.
Si Musang : Kenapa kau hanya makan roti? Tuan kau tak bagi pisang ke?
Bambi : Tuan aku tak ada duit la. Jadi, dia bagi aku makan roti dulu.
Si Musang :Hahahahahaha. (ketawa besar) Di tempat kerja aku, semua monyet diberi makan pisang tau. Mana ada monyet makan roti. (perli)
Bambi : Hmmm. (sedih) Kau kerja kat mana?
Si Musang : Sarkas di Pekan Payang tu. Kerja kat sarkas senang je. Kau cuma perlu buat persembahan depan manusia je.



Bambi : Kat sarkas tu ada monyet macam aku juga ke?
Si Musang : Mestilah ada. Monyet kat tempat aku lagi besar dari kau. Maklumlah, makan sedap-sedap tu yang badan pun besar.
Bambi : Mesti seronok kan kalau kerja kat sarkas.
Si Musang : Kau berminat ke?
Bambi : Hmm, nanti aku fikirkan dulu
Si Musang : Jangan tunggu lama-lama. Kalau tak, aku mahu tawarkan pada binatang lain. (nada mengugut kemudian menyanyikan lagu "jangan tunggu lama-lama"

Jangan tunggu lama-lama,
Nanti lama-lama,
Sarkas di ambil orang, hey!
Pada keesokkan harinya, Musang sekali lagi pergi berjumpa Bambi untuk memperdayakannya. Dia berasa dengki melihat Bambi disayangi oleh orang sekelilingnya.
Si Musang : Kau dah fikir ke pasal semalam?
Bambi : Dah, tapi aku kasihan lihat tuan aku. Dia dah tua, hidupnya pun susah.
Si Musang : Tahu pun susah, habistu kau masih nak ikut tuan kau lagi? Kau tak mahu makan sedap-sedap?
Bambi : Hmm tapi-
Si Musang : Kalau kau pergi sarkas, setiap hari kau dapat makan pisang, jumpa ramai kawan dan yang paling penting, kau akan jadi terkenal.
BABAK 3






Musang berusaha untuk memancing Bambi agar termakan dengan kata-katanya. Dia mereka cerita tentang keindahan dan kelebihan hidup di sarkas. Walhal dia tahu perkara sebaliknya akan berlaku.
Si Musang : Kalau kau tak mahu, aku nak tawarkan pada haiwan lain. (ugut Si Musang)
Bambi : Eh, jangannn! Aku nak laa (bentak Bambi)
Si Musang : Ha bagus. Aku boleh bawa kau ke sana sekarang.
Bambi : Tapi kaki aku kena ikat. Macam mana aku nak lari?
Si Musang : Jangan risauu, aku kan ada (bangga)
Pak Mail sengaja mengikat tali itu dengan longgar kerana tidak ingin menyakiti Bambi. Perkara ini memudahkan musang untuk melepaskan ikatan tersebut. Bambi dan Musang segera meninggalkan rumah Pak Mail dan bergerak ke sarkas yang berada di pekan.

PEKAN PAYANG
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!