





Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu memecah keheningan waktu..
“Firdaus, cepat sikit mandi tu. Maghrib tak akan menunggu kita semua!” Laung ayahnya dari luar bilik mandi. “Tunggu along habis berangan, memang lambat la kita solat” Rungut adiknya. “Sekejap ayah.” Jawabnya ringkas. Tanpa melengahkan masa, dia pon segera menghabiskan mandiannya. Melihat ayah dan adiknya sudah berada di tikar sejadah, dia mempercepatkan langkahnya untuk turut menyertai mereka.

Awan yang kelabu berarak mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Entah mengapa hatinya gelisah sejak pagi tadi seakan-akan ada perkara buruk yang akan menimpanya. Semasa sedang tekun dia belajar, muncul sosok tubuh yang tidak diduga. Pak Karim iaitu sahabat karib ayahnya. Alangkah terkejutnya Firdaus apabila mendengar khabar berita yang disampaikan oleh Pak Karim. Ayahnya kemalangan semasa sedang membuat penghantaran makanan di tengah bandar. Firdaus memanggil adiknya yang berada di kelas 2 Delima untuk pergi ke rumah sakit bersama dengan Pak Karim. Sepanjang perjalanannya menuju ke rumah sakit, Firdaus hanya memandang jalan dengan perasaan yang kosong. Kelihatan awan menangis deras seolah-olah memahami kesedihan yang ada di hati anak muda ini. Di hatinya ada setitik harapan yang mengalir bersama air hujan agar ayahnya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.





Genap sebulan ayah duduk di atas kerusi roda itu. Bermakna tiada lagi punca pendapatan mereka sekeluarga. Sedikit demi sedikit kehidupan mereka sekelurga berubah menjadi semakin daif. Hanya Pak Karim yang setia membantu keluarga kecil ini sejak mula lagi. Firdaus mula mengambil upah di kedai mencuci kereta Pak Karim. Pada waktu pagi dia akan ke sekolah, waktu petang dia bekerja dan malam pula dia belajar. Sejujurnya memang penat. Namun, siapa lagi yang dapat diharapkan. Dengan berbekalkan 30 ringgit sehari, dia perlu menggunakan wang tersebut untuk membeli lampin pakaian ayahnya dan maknan harian mereka sekeluarga.



Malam kian rapuh. Dingin juga menunjukkan keangkuhannya. Namun Firdaus tetap duduk di depan rumah dengan hanya beralaskan lantai kayu. Tiba-tiba saja semua lampu mati dengan serentak. Berlari Firdaus dan Fitri ke arah ayahnya. Biasalah, kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. “Kenapa semua lampu mati ni along?” Soal Fitri ketakutan. “Mungkin ada kerja pembaikan sedang dijalankan” Jawab Firdaus dengan tenang. “Along, tolong ambilkan bil elektrik di dapur” Suruh Ayahnya. Dengan berbekalkan lampu suluh, dia berjalan perlahan-lahan untuk mengambilnya. Terbeliak mata mereka melihat kos elektrik yang tertunggak. Sebelum kemalangan lagi ayahnya memang mengalami masalah kewangan. Tetapi tidak sangka pula keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.



Firdaus termenung sepanjang hari memikirkan keadaan keluarganya. Sedang dia asyik termenung, dia teringat akan arwah ibunya yang sentiasa menjadi pembakar semangat buatnya. Alangkah indahnya, sejak pagi lagi pakaian sudah tersedia di atas katil. Pulang dari sekolah pula, ibunya sudah menunggu di pintu rumah. Terbayang-bayang bau wangi cucur badak yang digoreng ibunya. Aroma masakan itu mengapung terus dari dapur ke ruang tamu. Cucur itulah yang pernah menjadi rebutan Firdaus dan Fitri suatu ketika dulu.
“Haaaaa cucur badak!!’ Jerit Firdaus. Seolah-olah ada mentol yang menyala di atas kepalanya. “Ish kamu ni, terkejut ayah” suara ayahnya kedengaran dari atas katil. “Kenapa dengan cucur badak Along?” Sambung ayah lagi. “Along mahu buat cucur badak macam ibu buat. Along mahu jual cucur badak.” Firdaus yang sedang duduk terus berdiri. Dia terus mengambil basikal di bawah rumahnya menuju ke kedai Kak Seri.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!